Ketika kemunculan kali pertama skuter Yamaha Majesty 250 pada tahun 1995 jika tak silap admin, memang payah nak kelipkan mata. Maklumlah, masa tu sosial media pun belum ada lagi kan. Bila dapat membelek skuter yang ketika itu admin anggap macam kenderaan orang berada dengan harga hampir RM27,000.00, terus menjadi salah satu impian admin untuk memilikinya. Reka bentuknya pada ketika itu dianggap futuristik dengan ciri-ciri yang kelihatan hampir seperti kereta. Gaya tunggangannya yang selesa menjadi salah satu percaturan nak beli kereta atau Yamaha Majesty.
Itu dulu. Sekarang kita disajikan oleh Yamaha dengan Xmax 250 yang tampak lebih sporty dan juga selesa ketika ditunggang. Mari kita lihat perbezaan antara Xmax 250 dan Majesty 250 bagi pasaran Malaysia. Bak kata pepatah, tiada yang dahulu maka tiadalah yang sekarang.
Kredit : Terima Kasih pemilik Majesty Asrul Ali
Sila “like” & “share” Facebook ENJIN DOTcom & “follow” kami di Instagram.
Jangan lupa menetapkan ENJIN DOTcom sebagai “see first” di FB anda!
#hongleongyamahamalaysia #yamaha #xmax250 #majesty250 #enjindotcom #revsyourheart