KUALA LUMPUR – Volvo Car Malaysia mengumumkan versi baharu XC90 yang merupakan model Volvo SUV bersaiz besar dengan jualan tertinggi di serata dunia. Model ini akan dipamerkan di Malaysia untuk jualan mulai November. Volvo XC90 merupakan model kereta utama syarikat yang mengetengahkan strategi elektrifikasi yang mantap.
XC90 berwajah baharu ini menawarkan penambahbaikan dari segi rekaan luaran asalnya, seperti tayar baharu, warna kereta dan gril moden baharu. Rekaan dalamannya pula kekal sama. Rekaan luaran dan dalaman XC90 merupakan yang terbaik dan diiktiraf.
Untuk model T8, kemampuan baterinya juga telah ditambah baik dari 10.4kWh kepada 11.6kWh. Ini secara langsung meningkatkan kadar pemanduan elektrik sehingga 50km. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tuil gear elektronik kristal Orrefors yang direka semula.
Model T5 pula mempunyai penyaman udara tiga baris dengan lubang udara berbentuk C, sistem maklumat penanda jalan (RSI) dan juga kawalan cuaca elektronik 4-zone dengan kotak sarung sejuk yang sebelum ini hanya boleh didapati untuk model T8.
Berdasarkan platform, trenkuasa dan teknologi keselamatan yang dibangunkan dan dimiliki oleh Volvo, XC90 keluaran tahun 2015 ini menandakan permulaan transformasi Volvo Car. Ia memperkenalkan wajah baharu jenama Volvo dengan ciri lampu hadapan Thor Hammer dan pengenalan platform Scalable Product Architecture (SPA).
Teknologi dan inovasi pertama di dunia yang telah dilancarkan untuk model-model Volvo lain iaitu siri 90 dan 60 antara tahun 2015 hingga 2019, kemudiannya turut digunapakai untuk XC90. Hasilnya model SUV utama ini menjadi bertambah baik sejak ia pertama kali diperkenalkan, sehingga mencapai 320,000 unit jualan di seluruh dunia – dan semakin bertambah.
Dari segi teknologi keselamatannya yang aktif, XC90 kini menawarkan bantuan pemanduan untuk City Safety dan Blind Spot Information System. City Safety dengan brek auto merupakan satu-satunya sistem yang terdapat di pasaran yang mampu mengenal pasti pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar. Sistem Oncoming Lane Mitigation pula diperkenalkan pertama kali untuk model XC60 kini boleh didapati untuk model XC90, manakala teknologi Cross Traffic Alert kini dilengkapi dengan brek auto.
Semua ini, digabungkan dengan ruang keselamatan yang membentuk teras utama teknologi keselamatan pasif, menjadikan XC90 sebagai salah sebuah kereta paling selamat di atas jalanraya dan menonjolkan komitmen tidak berbelah bahagi Volvo Car dalam membangunkan kereta paling selamat untuk penumpang.
Sistem infotainment Sensus yang dikemaskini sepenuhnya merupakan ciri unik dan standard untuk kereta Volvo dan ia boleh digunakan dengan Apple Carplay dan Android Auto serta perkhidmatan penstriman Spotify Music.
Volvo XC90 berwajah baharu ini boleh didapati dengan harga permulaan RM373,888 (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk cukai jualan dan duti eksais) dan kini dijual di semua pusat jualan Volvo berdaftar di seluruh negara.
Pelanggan boleh memilih lima warna: Crystal White Pearl, Denim Blue Metallic, Onyx Black Metallic, Pebble Grey Metallic, dan Thunder Grey Metallic.