VOLVO XC60 T8 RECHARGE GABUNGAN KESELAMATAN DAN KUASA

SUV buatan Sweden yang mana ianya telah  terkenal ini adalah Volvo XC60 baharu yang telah dikemas kini untuk model tahun 2023 di Malaysia, dan ini ialah varian teratas iaitu Recharge T8 Ultimate yang dijual pada harga RM355,888, yang merupakan  antara dua pilihan, dengan satu lagi adalah model asas B5 Plus pada harga RM320,888. Seperti kita maklum Volvo sentiasa terkenal dengan kualiti dan keselamatan kenderaan mereka, seperti XC60 T8 Recharge ini memang berkuasa dalam kelasnya. Varian ini juga telah menggantikan model sebelumnya iaitu B5 Momentum dan Recharge T8 Inscription Plus. Admin sekali lagi berpeluang merasai sendiri pengalaman SUV mantap ini, sememangnya Enjindotcom sentiasa mendapat kerjasama penuh dari jenama ini sejak dari awal lagi.Peluang ini tak akan dilepaskan apa lagi ianya merupakanvarian teratas dan berkuasa.

Model XC60 Recharge T8 Ultimate ini juga mendapat jaminan lapan tahun, 160,000 km untuk bateri hibrid plug-innya. Bateri tersebut mempunyai kapasiti tenaga yang meningkat sebanyak 18.8 kWj yang membolehkan julat elektrik sahaja sejauh 81 km, lebih tinggi dari jenama lain sama segmen SUV seperti ini. Dengan kuasa PHEV termasuk enjin petrol empat silinder pengecas turbo 2.0 liter, ianya dapat membekalkan 317 PS pada 6,000 rpm dan 400 Nm dari 3,000 hingga 5,400 rpm, motor elektrik  di bahagian belakang melengkapkan susun atur pacuan semua roda dengan 145 PS dan 309 Nm serta transmisi automatik lapan kelajuan. Jumlah kuasa keseluruhan yang dihasilkan oleh SUV XC60 T8 Recharge ini sebanyak 462 PS dan 709 Nm. apa yang menarik, masa yang di ambil dari 0-100 km/j selama 4.8 saat, menakjubkan juga untuk sebuah SUV. Atas faktor keselamatan kelajuan tertinggi dibatasi sehingga 180 km/j sahaja dan penggunaan bahan api gabungan serendah 1.6 l/100 km. Yang pasti memandu sepanjang perjalanan baik dekat atau jauh sungguh selesa dengan Volvo XC60 T8 Recharge ini.

Untuk rekabentuk luaran pula XC60 ini menerima sedikit perubahan visual yang jelas di bahagian hadapan, dengan Recharge T8 Ultimate pakej luaran R-Design yang lebih nampak garang. Profil “sayap X” yang tersendiri bagi bampar hadapan, sisipan gril empat segi dan bampar belakang yang lebih ekspresif adalah pengecam utama bagi model XC60 PHEV tahun model 2023. Kit standard termasuk roda aloi potong berlian hitam 19-inci, sistem infotainmen berasaskan Android Automotive OS dengan skrin sentuh 9-inci, sistem bunyi 1,100-watt Bowers & Wilkins, dwi-zon kawalan iklim, tempat duduk hadapan berkuasa dengan fungsi memori, tombol gear kristal Orrefors, paparan kepala, lampu depan LED penuh dengan Active High Beam serta lampu lentur aktif, bahagian dalam arang dengan upholsteri Tekstil Grid Terbuka Arang dan hiasan Metal Mesh, memang padu dengan kemewahan.

Satu perkara menarik terdapat pada kenderaan Volvo ini terutana XC60 adalah mengekalkan ciri keselamatan aktif yang sama, termasuk mengelak perlanggaran dengan pejalan kaki, penunggang basikal dan pengesanan haiwan besar berserta sokongan stereng dan brek, Keupayaan pemanduan separa autonomi Pilot Assist Tahap 2, bantuan menjaga lorong, pemantauan titik buta ( Bilndspot) dengan bantuan stereng, Kamera 360 darjah, tebatan jalan larian, amaran perlanggaran depan dan belakang serta sokongan tebatan dan amaran trafik silang belakang dengan brek. Patut harga dia macam tu, dah nama Volvo terkenal dengan ciri keselamatan dari dahulu lagi.

VOLVO Details Specification : >> CLICK HERE <<

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *