VOLVO S60 T8 RECHARGE NAMPAK JINAK, TETAPI GANAS.

Pasaran kenderaan jenama Volvo di Malaysia ini kebanyakkannya  yang berada dipasaran, bersiaz agak besar dan panjang, tidak seperti dahulu awal 90an, masih ada sedan bersaiz sederhana seperti S40 danS60, kini yang ada dipasaran adalah S60 dan S90 dari Volvo Car Malaysia di bawa masuk  untuk pasaran di Malaysia. Pada bulan lepas , Admin diberi peluang untuk mencuba sebuah jentera eksekutif ini, iaitu S60 T8 recharge, apabila di lihat pada luaran tiada banyak beza dengan model S90, kenderaan ini masih nampak panjang dan lebar.Kalau diletakkan dihadapan rumah pasti akan nampak besar dari kenderaan yang ada, lebar dan segak. Untuk pasaran global, S60 ditawarkan dalam varian T5, T6 dan T8 Twin Engine, tetapi hanya T8 Twin Engine ditawarkan untuk pasaran Malaysia buat masa kini.

Semasa Volvo mereka bentuk  semula S60 beberapa tahun yang lalu, ianya adalah model terakhir dari pembuat kenderaan itu untuk berpindah ke platform Senibina Produk Scalable dan mengadopsikan tema reka bentuk Volvo lebih moden. Hasilnya adalah sebuah sedan yang  nampak lebih tampan yang lain dari penampilan kebanyakkan  kereta 4 pintu di pasaran,  yang  menggunakan rekabentuk lebih aerodinamik.Volvo pada admin masih mengekalkan bentuk bersegi yang nampak tegap tetapi tetap mengikuti arus moden masa kini.Bahagian hadapan jentera ini menampakkan identity Volvo sepanjang masa dan tersendiri yang sesiapa pun akan kenal kenderaan yang mendapat jolokan nama “kereta kebal” ini.

Bahagian hadapan lampu S60 ini dipadankan dengan lampu isyarat LED Thor Hammer LED, yang sememangnya cukup terkenal, ianya telah menjadi image baru kenderaan hebat ini, apabila dinyalakan diwaktu siang atau malam, nampak lebih segak . Dilengkapi dengan roda aluminium 19-inci, S60 Recharge T8 kelihatan seperti  sedan mewah biasa tetapi, jangan terpedaya kerana ia kadang-kadang seperti memandu dengan bersemangat sebuah kereta sport. S60 T8 recharge ini adalah satu-satunya isyarat yang nyata bahawa hibrid plug-in ini mungkin merupakan kenderaan prestasi untuk ditandingi dengan jelas  penutup port kuasa elektrik  di fender depan kiri mudah ianya dikenali sebabgai  sebuah kenderaan hibrid.

Apabila memasuki  sahaja di bahagian dalam S60 ini sememangnya nampak kemas dan mewah dengan indentiti tersendiri Volvo berkotak tidak dapat ditinggalkan walaupun di bahagian dalaman, kabin S60 Recharge T8 n kontras kelabu dan trim dan aksen aluminium. Sunroof panoramik standard jelas kenderaaan ini menambahkan lagi ciri-ciri kemewahan dan kecerian suasana dalaman kenderaan ini.Setiap bahagian dalaman terutama dibahagian hadapan di buat dengan begitu teliti dan kemas.

Jentera hebat ini di kuasa  dengan enjin 2.0-liter Drive-E dengan supercharger dan turbocharger yang menghasilkan 320hp dan 400Nm tork. Tetapi enjin ini dibantu oleh bateri lithium-ion berkuasa 11.6kWh yang menghasilkan tambahan 87hp dan 240Nm tork.Ini menjadikan jumlah output S60 ini sebanyak 407hp pada 5,700rpm dan 640Nm pada 1,200-5,400rpm. Melihat dari perbandingan ini ianya hampir  lebih berkuasa dari kebanyakan jentera standing yang ada di pasaran.Kuasa dari enjin disalurkan ke tayar depan melalui transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic , manakala gandar di bahagian belakang menerima kuasa dari motor elektrik. Secara tak langsung, S60 T8 ini sebuah jentera pacuan semua-roda.Pecutan 0-100 boleh dilakukan dalam 4.4 saat, kelajuan maksima dihadkan kepada 250km/j ‘sahaja’.

Tak sahlah sebuah Volvo kalau tak cerita bab keselamatan, bukan? Volvo S60 T8 dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini dan termaju dari Volvo.Punya lah banyak ciri keselamatan terdapat pada kereta ini yang dijenamakan sebagai  Intellisafe, sampai di bahagikan kepada tiga cabang, iaitu Intellisafe – Preventive Safety, Intellisafe – Protective Safety dan Intellisafe – Child Safety. Preventive Safety lebih kepada ciri keselamatan aktif yang di mana ianya bsersedia ketika sebelum terjadinya kemalangan, Protective Safety pula ciri pasif untuk semasa atau selepas kemalangan. Child Safety pula seperti pada namanya, adalah khas untuk kanak-kanak ketika berada di dalam kenderaan. Anda boleh lihat senarai penuh ciri keselamatan apabila melihat dan memandu sebuah Volvo. Sistem keselamatan dengan dilengkapi dengan 7 beg udara, Driver Alert Control, Lane Keeping Aid, Run-off Road Mitigation, Blind Spot Information System, Cross Traffic Alert, Seat-belt Detection, Side-Impact Protection System, Whiplash Protection System, dan  ISOFIX.

Secara keseluruhan bagi admin jika anda ingainkan kelainan sebuah sedan mewah yang boleh bertukar dari jinak ke liar mungkin anda kena cuba, di tambah dengan ciri keselamatan dari jentera yang amat  pentingkan ciri-ciri keselamatan dan pengendalian yang selesa.Jentera Volvo kini bukan seperti zaman tok atau ayah kita dahulu, kini ianya penuh dengan teknologi dengan kecanggihan masa kini.

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *