VIPER NIZA RACING TEAM MENERAJUI KEMARAAN MALAYSIA DALAM WORLD TOURING CAR RACE MALAYSIA

Dengan kemenangan mereka baru-baru ini di dalam kelasnya di perlumbaan endurance TCR SPA500 24-Hour di Belgium, Viper Niza Racing Team akan menerajui kemaraan pasukan dari Malaysia dalam perlumbaan WTCR World Touring Race sulung di Malaysia dari 13-15 Disember 2019 di Litar Antarabangsa Sepang.  

Pasukan ini akan diketuai oleh veteran kereta touring selama lima tahun, Douglas Khoo, salah seorang daripada tiga pelumba wildcard Malaysia yang akan bersaing dalam acara itu dan akan mengemudi kereta Seat Leon Cupra TCR.

“Berada di antara pemandu dan pasukan kereta terbaik di dunia, dan berlumba di tempat sendiri di Sepang, pastinya ia cara yang terbaik untuk penampilan sulung kami dalam siri WTCR World Touring Car. Dalam masa yang sama, ia sangat menarik dan juga satu penghormatan,” kata Khoo yang juga pemilik Viper Niza Racing Team.

“Kami tidak meletakkan apa-apa jangkaan, tetapi kemenangan dalam kelas yang kami sertai baru-baru ini di perlumbaan endurance TCR SPA500 24-Hour di Belgium pasti meletakkan sedikit perhatian antarabangsa kepada kami seperti pasukan lain di perlumbaan itu. Walau bagaimanapun, perlumbaan endurance adalah berbeza daripada 9 hingga 12 pusingan di perlumbaan WTCR yang pantas dalam 3 perlumbaan hujung minggu di Sepang dan kami sedang mempersiapkan pasukan dari awal hingga akhir.

“Dengan ketiga-tiga perlumbaan yang berlangsung dalam masa beberapa jam pada satu sama lain pada hari Ahad (3 petang, 6 petang dan 8 malam), kami harus memastikan emosi kami terkawal dan memberi tumpuan untuk menghabiskan semua perlumbaan pada satu-satu masa dan berusaha untuk mendapat kedudukan 10 teratas.”

Latar belakang perlumbaan Khoo termasuklah bersaing dalam Siri TCR Asia 2015, 2016, 2017 dan 2018; Siri 2015 TCR International; Siri 2016 dan 2017 TCR Thailand; Siri Antarabangsa TCR Asia 2019; Siri 2017, 2018 dan 2019 Asia Le Mans; 2017 dan 2019 Blancpain GT Series; 2019 Michelin Le Mans Cup dan Race Endurance 12-Jam Sepang 2015 dan 2016.

WTCR World Touring Race Malaysia akan menyaksikan 30 pemandu kereta touring terbaik dunia termasuklah pemandu legenda kereta touring seperti Yvan Muller, Gabriele Tarquini, Tom Coronel, Robb Huff, Augusto Fafrus, Esteban Guerrieri, Andy Priaulx dan Tiago Monteiro, yang mewakili tujuh pengeluar kenderaan: Hyundai, Seat, Lynk & Co, Audi, Volkswagen, Honda dan Alfa Romeo.

Pasukan yang disertai oleh tenaga kerja Malaysia sepenuhnya termasuklah jurutera dan mekanik perlumbaan, Pengurus Pasukan Viper Niza Racing, Niko Ode Prayitno berkata, pasukan itu akan menggunakan sepenuhnya semua data perlumbaan yang diperoleh di Sepang selama ini sebagai kelebihan pasukan.

“Dengan format tiga perlumbaan pecut, anda akan disajikan dengan perlumbaan yang sangat sengit dan kompetitif dari awal hingga akhir. Kami mempunyai kelebihan di tempat sendiri kerana mempunyai bilangan pusingan yang paling banyak di Sepang dan kami berhasrat untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang ini, sudah tentu dengan mengambil kira bahawa kami akan berhadapan dengan pemandu dan pasukan lawan yang berpengalaman dan ternama yang diketahui dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan litar baru. Namun cuaca Malaysia yang tidak menentu juga mungkin memainkan peranan penting memandangkan kita kini berada di tengah-tengah musim monsun,” kata Niko.

Dikeluarkan bagi pihak Viper Niza Racing Team oleh HIT Communications. Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi Harris Iskandar Taib di 019-2711609 atau e-mel ke [email protected].