VESPA MALAYSIA MELANCARKAN BARISAN MODEL TERBAHARU UNTUK TAHUN 2020

PETALING JAYA, 4 JUN 2020 – Didi Resources Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, hari ini memperkenalkan dua model skuter ‘sporty’ dan bergaya dari rangkaian model 2020, kepada para peminat Vespa di Malaysia iaitu Vespa Primavera S Special Edition 150 dan Vespa Sprint S 150

Diambil dari DNA Vespa Sport, barisan model Vespa 2020 yang baharu ini telah lebih dipertingkatkan dan sangat sesuai untuk penduduk di Malaysia yang aktif dan bergaya dari dari segenap lapisan umur dan jantina yang ingin mendapat perhatian. 

“Adalah keutamaan kami untuk memberikan produk Vespa terbaharu yang terbaik kepada para pelanggan setia kami. Kami dengan bangganya mengumumkan mode-model terbaharu, harga alat ganti serta aksesori juga diletakkan pada kadar lebih berpatutan & bersesuaian sekaligus ini merupakan salah satu inisiatif untuk memberi nilai yang lebih besar kepada para pelanggan kami ”kata Mr. Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd.

Vespa Primavera S Special Edition 150

Vespa melancarkan Edisi Khas terbaharu dari versi paling bergaya. Primavera S menunjukkan ciri-ciri lebih ‘sporty’ dan berani telah diterapkan pada model ini. Primavera S dihasilkan bagi mereka yang mahukan kehidupan yang lebih bersemangat.

Vespa yang kelihatan luar biasa dan canggih ini diserlahkan dengan beberapa ciri yang terdapat pada penampilannya. Terdapt banyak daya tarikan ditambah pula dengan pelekat ‘sporty’ yang berbeza dengan warna badan iaitu kelabu terang/gelap ke atas Orange Tramonto dan oren/kelabu ke atas Grey Stile. Lebih menyerlahkan badan Vespa ini adalah pelana hitan dengan jahitan berwarna oren dan pelindung hon yang juga berwarna oren.

Vespa Primavera S Special Edition dilengkapi dengan roda berukuran 12” yang diperbuat dari aloi aluminium. Ini akan memberikan lebih kestabilan serta meningkatkan lagi aspek keselamatan lebih baik semasa berada di semua keadaan permukaan jalan. Turut memperhebatkan lagi ciri keselamatan, Vespa Primavera S Special Edition ini turut dipadankan bersama lampu LED di bahagian depan & belakang serta lampu siang (daytime running light), sistem anti-kecurian (Immobilizer) dan brek depan ABS. 

Sebagai rangkaian Primavera S, versi ini turut dilengkapi dengan pot pengecasan USB yang memberi kemudahan bagi pengguna untuk mengecas telefon pintar, tablet dan alat elektronik kecil.

Primavera S dipacu oleh enjin iGet empat-lejang 150 cc satu silinder moden dengan fungsi penyejukkan udara dan dilengkapi dengan suntikan elektronik dan pengedaran 3-injap. Setiap perincian dari ekzos hingga struktur dalaman ruangan transmisi direka untuk memberi perjalanan yang lancar, tenang dan selesa. Enjinnya benar-benar mesra alam, berprestasi serta penggunaan bahan bakar yang sangat rendah.

Harga Vespa Primavera S Special Edition bermula dari RM18,300 dengan 2 pilihan warna yang menakjubkan iaitu Orange Tramonto (Glossy) dan Gray Stile (Matt).

Vespa Sprint S 150

Versi terbaharu dari vespa termuda dan paling ‘sporty’, direka untuk mereka yang ingin hidup dengan cara berdaya saing dan tidak takut dengan apa-apa perbezaan. Vespa Sprint S tampak lebih menonjol dengan gaya ‘sporty’ Vespa Sprint dan dihasilkan untuk ditunggangi oleh mereka yang mempunyai sikap paling kompetitif di kalangan pencinta Vespa.

Untuk menyerlahkan kekuatan mentaliti Vespa Sprint S dan bertujuan untuk menjadi pemenang dalam semua hal, 3 kombinasi warna baharu yang sangat menarik telah diterapkan iaitu Yellow Sole, Black Opaco dan White Innocenza serta warna popular iaitu Grey Materia

 

Vespa Sprint S memiliki perincian khusus seperti penutup hon berwarna merah, pelekat ‘sporty’ di bahagian badan dan spring berwarna merah. Tempat duduk Vespa Sprint S 2020 telah diperbaharui lebih baik dan unik dengan penampilan elegan ‘sporty’.

Dengan seluruh badan keluli dipadan dengan warna baharu yang menakjubkan, ditambah pula pelekat ‘sporty’ dan perincian berwarna merah berkilat, Vespa Sprint S dibuat untuk mereka yang selalu ingin menarik perhatian di hadapan dan juga untuk mereka yang sering tampil dengan pelbagai dengan keseronokkan dalam setiap perjalanan yang dilakukan.  

Vespa Sprint S 150 direka untuk menjadi yang terbaik dikalangan keluarga Vespa, ditambah pula pelbagai ciri baharu dipadankan untuk Vespa Sprint yang sudah kelihatan ‘sporty’ ini. Dengan keseluruhan badan yang diperbuat dari keluli, Vespa Sprint S 150 adalah yang pertama dari kelasnya yang dipadankan dengan rim 12 “dan dibuat untuk mereka yang ingin pengembara seluruh Malaysia serta memiliki keinginan untuk menjadikan perjalanan harian mereka menjadi menyeronokkan dan menyeronokkan.

Vespa Sprint S 150 juga dipacu oleh enjin mesra alam i-Get empat lejang, satu-silinder dengan sensor barometrik untuk memastikan keseronokan, keyakinan dan kehebatan menunggang melalui jalan-jalan bandar yang sesak.

Diperhebatkan dengan pelekat ‘sporty’ yang berwarna merah berkilat, Vespa Sprint S 150 hadir dalam warna Yellow Sole, Gray Materia serta White Innocenza dan berharga dari RM16,900.

Model Vespa 2020 yang baru kini boleh didapati di semua pengedar dan pusat jualan Vespa yang sah di seluruh negara.