Salah satu minat seseorang terhadap motosikal adalah, inginkan suasana pengembaraan yang tidak terlalu rumit untuk dipikirkan tentang jarak yang sesuai, motosikal yang sesuai dengan kuasa dan kelajuan, selamat ketika berada dijalanraya dan keselesaan mengawal, tidak terlalu berat. Banyak sahaja pilihan di pasaran masa kini yang boleh anda pilih dan harapkan, kini admin pilih model Suzuki GSX-S1000GT terbaru berada dipasaran sejak tahun lepas.
Model ini dilancarkan pada tahun lepas di Malaysia dan ianya benar-benar sebuah GT yang anda mudah dan mampu mengawal dengan senyum berterusan sepanjang perjalanan pengembaraan. Walaupun ada jenama lain seperti model keluaran GT mereka iaitu Kawasaki GTR yang paling berkuasa tetapi terlalu besar dan berat (sudah lama berada dipasaran), Yamaha traser GT ianya pun agak berat berbanding dengan Suzuki GXS-S1000GT ini. Dengan kedudukan posisi menunggangnya yang selesa tidak terlalu kehadapan, kedudukan kaki yang mudah untuk mencapai tanah dan ringan!!. Di tambah dengan kotak kiri-kanan memudahkan untuk meletak barang keperluan sepanjang perjalanan.
Suzuki telah memperkenalkan model Grand Touring mereka iaitu GSX-S 1000 GT yang mana ianya menggunakan kuasa enjin yang sama seperti model naked jalanan, GSX-S1000, dengan enjin empat baris sebaris 999cc yang mana ianya mampu menghasilkan kuasa 150hp. Berat sekitar 226kg yang mudah untuk dikawal.Selain itu ia juga disediakan kawalan cengkaman lima peringkat dan penukar pantas dua arah ( quickshifter ) sebagai standard. Suzuki GSX-S1000GT ialah motosikal yang anda boleh harapkan yang menjadi sebaik yang kelihatan dan ia tidak mengecewakan. Ia pantas, selesa, praktikal, meyakinkan dan terima kasih kepada enjin yang diperolehi dari K5, juga mengujakan – persis apa yang sepatutnya menjadi pengembara sport.
GSX-S ini mungkin bukan enjin empat baris sebaris yang paling berkuasa, tetapi ia sangat sesuai dengan karakter dan pengalaman mereka untuk jelajah bersama motosikal ini, serius admin rasa mendamaikan, sedar-sedar boleh lepas ke sempadan dengan tenang. Terutama bagi mereka sesekali inginkan kelajuan dan agresif ketika jumpa selekoh ketika menjelajah dengan selesa. Beberapa bahagian lain motosikal juga turut dikongsi dengan GSX-S1000. Ini termasuk rangka aloi, penyerap hentak KYB terbalik dan kaliper brek hadapan Brembo.
Terdapat sedikit teknologi elektronik yang ditawarkan. Ini ialah motosikal Suzuki pengeluaran pertama yang menampilkan paparan TFT sepenuhnya. Unit 6.5-inci membolehkan anda menyambungkan telefon pintar anda melalui aplikasi mySPIN, mendayakan fungsi telefon, muzik dan navigasi, boleh layan lagu sepanjang perjalanan. Ciri-ciri lain termasuk pendikit tunggangan dengan wayar, Pemilih Mod Pemacu Suzuki (SDMS), Sistem Kawalan Traksi Suzuki (STCS) dengan 5 tahap dan penukar pantas dua arah.
Penunggang juga mempunyai pilihan untuk mereka melengkapkan kotak asas GSX-S1000GT dengan pannier. Varian GSX-S1000GT mendapat sebagai standard yang amat diperlukan ketika perjalanan jarak jauh untuk penyimpanan barang.Dengan harga yang ditawarkan semasa pelancaran adalah RM85,700.00 adalah berbaloi, apa lagi cepat la ke kedai.