UMW TOYOTA MOTOR MENGUMUMKAN KEMPEN PERKHIDMATAN KHAS UNTUK PEMERIKSAAN & PENGGANTIAN HILUX & FORTUNER BRAKE BOOSTER.

Shah Alam, 2 Disember 2020 – Keselamatan pelanggan kami selalu menjadi keutamaan Toyota. UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, hari ini mengumumkan Kempen Perkhidmatan Khas (SSC) mengenai pemeriksaan dan penggantian brek booster Hilux dan Fortuner.

Berdasarkan maklumat yang diterima dari Toyota Motor Corporation (TMC), terdapat 12,997 unit kenderaan yang terlibat dalam kempen ini, Toyota Hilux (11,571 unit) dan Fortuner (1,426 unit) diedarkan oleh UMWT dan julat pengeluaran Julai 2018 hingga Jan 2019 terlibat dalam kempen ini.

Model yang tidak disenaraikan di sini tidak terlibat di dalam kempen ini.Kempen ini telah melibatkan piston resin pada brek booster kenderaan di mana kenderaan boleh mengalami prestasi pemanduan terganggu.

UMW Toyota Motor akan mengirimkan surat pemberitahuan kepada pemilik kenderaan yang terlibat agar kenderaan tersebut diperbaiki tanpa sebarang bayaran. Untuk maklumat lebih lanjut, pemilik kereta yang terjejas boleh menghubungi mana-mana Pusat Servis Toyota yang sah atau menghubungi Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

GALERI