UMW TOYOTA MOTOR LANCARKAN PROGRAM TOYOTA ECO YOUTH EDISI KE-20 BERTEMAKAN “REIMAGINING MOBILITY”

UMW Toyota Motor dengan bangganya melancarkan edisi ke-20 Program Toyota Eco Youth (TEY), sekali gus menandakan genap dua dekad syarikat terlibat dalam menggalakkan pemuliharaan alam sekitar serta dalam masa yang sama, memberdayakan golongan beliam melalui kemahiran dan pengetahuan menyelesaikan masalah cara Toyota.

Kementerian Pendidikan Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan UMW Toyota Motor dalam melancarkan pertandingan peringkat negeri dan kebangsaaan ini. TEY berbangga untuk menjadi program pelopor dengan matlamat meningkatkan kesedaran dan inovasi terhadap alam sekitar dalam kalangan remaja dan belia di negara ini. Leaderonomics Community juga merupakan rakan sekerja bagi TEY 2020/2021 dan terlibat secara langsung dengan usaha ini.

Bagi tempoh 20 tahun lalu, TEY telah memperkenalkan pelbagai tema dengan satu matlamat utama iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar di masa hadapan. Keseluruhannya, ia telah melibatkan 285 sekolah, 1,910 pelajar sekolah menengah dan 762 guru yang telah menerima manfat daripada program TEY dan menjalankan usahausaha berkaitan alam sekitar di perkarangan sekolah atau di sekitar daerah mereka. Program ini juga menyediakan mereka platform untuk melobi idea yang ada kepada pihak berkepentingan terlibat, antaranya pihak berkuasa tempatan, komuniti setempat dan juga media.

Tema bagi edisi ke-20 ini ialah “Reimagining Mobility”, bertujuan untuk mewujudkan penyelesaian mobiliti yang selamat dan mesra alam. Ia menjunjung dan mementingkan keterlibatan menyeluruh serta kebebasan idea sebagai asas utama bagi tema tahun ini.

“Toyota Eco Youth telah menjadi pelopor di Malaysia sepanjang 20 tahun lalu, dan tahun ini kami menjanjikan lebih banyak inovasi serta kemajuan di bawah tema Reimagining Mobility,” jelas Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama. “Anak muda di negara ini ialah benih untuk masa depan dan TEY ingin membantu pertumbuhan kreativiti mereka dan membantu menzahirkan inovasi yang digerakkan. Kami melihat program ini sebagai perkakas untuk menghimpunkan minda-minda terbaik dalam merencanakan masa depan yang lebih hijau untuk kita semua,” tambah beliau.

Konsep bagi TEY tahun ini berbeza daripada tahun tahun sebelumnya kerana ia akan melibatkan rentang waktu tiga tahun. Program ini terbuka kepada pelajar pelajar sekolah menengah ber umur antara 13 16 tahun dan tiada had penyertaan untuk sekolah. Pelajar boleh mendaftar melalui ww.toyota.com.my/toyotaecoyouth atau melalui sekolah masing masing.

Format program ini akan berlangsung dalam talian sepenuhnya, termasuk e pembelajaran interaktif dan bengkel. Fasa penilaian akhir akan memberi ruang kepada pelajar untuk menunjukkan perkembangan mereka melalui media sosial dan saluran salur an secara langsung.

16 pasukan teratas bagi TEY 2020 akan dipersiapkan dan dilatih dengan kemahiran pengurusan projek yang menerapkan Metodologi Penyelesaian Masalah Toyota. Dengan pengetahuan yang diperkemaskan itu, 1 6 pesaing terbaik TEY akan membangunk an prototaip penyelesaian berdasarkan komuniti setempat mereka. Pendekatan dua arah ini telah diterapkan oleh TEY untuk memastikan mereka menimba pengalaman menyeluruh dari aspek teori mahupun praktikal.

Edisi TEY tahun 2020 turut menampilkan pertambahan terbaru di mana TEY kelas 2020 akan diberikan keistimewaan untuk kembali sebagai pemudahcara bagi kelompok pelajar tahun berikutnya. Aspek pendigitalan TEY juga maju setapak lagi dengan adanya Kelab Perintis TEY secara dalam talian. Hadiah bagi tahun ini juga digandakan untuk memacu semangat pelajar pelajar yang terlibat. Pasukan pasukan yang menang berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM64,000.

“Pandemik ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkomitmen dalam memberdayakan belia belia negara ini melalui program Toyota Eco Youth. Setiap masalah membawa bersama peluang yang lain, dan pandemik ini juga telah membolehkan kita untuk mencari jalan melangkaui masalah dengan cara beralih kepada platform digital dan secara dalam talian,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. “Langkah ini selari dengan pendekatan progresif kami untuk memastikan TEY sentiasa dapat membangunkan belia kita, walaupun dengan cabaran pandemik yang ada ketika ini,” tambah beliau.

Sejak pengenalannya, UMW Toyota Motor telah melaburkan lebih daripada RM7 juta untuk program ini dan berharap para pelajar yang menerima manfaat daripada program berkenaan boleh menjadi duta dan jurucakap masa hadapan untuk memupuk hal hal berkaitan kemapanan ala m sekitar dan mengatasi keterhadan mobiliti.