Tunggangan Santai Sarapan Pagi

Masih lagi dalam tempoh PKPB jadi ke mana kita nak ride pagi ni untuk sarapan?  Hmmmm….pusing-pusing taman je lah Admin pagi ini.

Pusing punya pusing Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur, skuter Honda Beat Street Admin pun sampailah ke gerai “Itik Salai Mashtar BAKTI TTDI” yang terletak di Lorong Datuk Sulaiman 4, TTDI, KL.

Perut pun dah keroncong Admin terus order teh ais dan Roti Benggali bakar cicah kari kambing.  Rakan Admin pula order teh ais dan Roti Prata 2 keping cicah rendang daging.  Kari kambing di kedai ini memang enak rasanya.  Admin sempat cukai sedikit rendang daging rakan admin…. fulamakkk sedap gak!!!  Sedikit nasihat untuk pembaca, kalau nak makan kari kambing ni datang awal sebab selalu sold out!

Suasana di kedai ni nyaman dan selesa.  Gerai ini beroperasi dari hari Selasa hingga Sabtu.  Ahad dan Isnin tutup.  Waktu operasi dari pagi sampai tengahari.  Menu tengahari sudah tentulah itik salai masak gulai lemak, ayam masak gulai lemak dan daging salai masak gulai lemak.  Harga makanan dan minuman pun berpatutan.

Gerai ini diuruskan oleh En Amar bersama isteri beliau.  Jadi pembaca yang berada berhampiran kawasan Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur boleh cuba juadah yang dihidangkan disini.

Perut pun dah kenyang apa lagi, jom kita layan skuter Honda Beat Street ini!!!

GALERI