Model motosikal Triumph Trident 660 ini telah pun berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2021, namun kurangnya publisiti dan pengaruh pminat di Malaysia, yang mana longgokkan model Jepun terlebih mendapat tempat. Untuk tahun 2023 ini pembaharuan Trident 660 ini adalah lebih kepada sifat kosmetik luaran sahaja. Pengaruh pemilik motosikal ini serta ubahsuai yang menarik akan mampu membuat lebih minat orang ramai khasnya pemilik baru untuk beralih ke motosikal yang lebih besar dan serbaguna yang selesa. Penggunaan warna baharu seperti sapphire black, matt baja orange, matt jet black, dan silver ice dengan diablo red ternyata dihasilkan hanya untuk menampakkan ianya satu sifat moden dan terkini. Perubahan ini untuk menarik minat golongan penunggang muda untuk beralih arah kepada jentera berkuasa pertengahan yang berpontesi besar ini.
Triumph Trident 660 ini di kuasai dengan enjin 4-lejang 12-injap, 3-silinder 660cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 80hp @ 10,250rpm dan tork 64Nm @ 6,250 rpm. Hantaran tork dibuat dalam 90 peratus julat rev yang membuatkan model ini mudah ditunggang oleh semua penunggang pelbagai tahap kemahiran, ianya tidak terlalu agresif hantaran kuasa. Memang ianya sesuai untuk urban di Kawasan bandar dan santai, bukan untuk mereka yang agresif bermain dengan gear semasa menunggang.
Trident 660 ini dilegkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S). Didatangkan dengan sistem brek cakera kembar 310mm dengan kaliper 2-piston (depan), dan cakera tunggal 255mm dengan kaliper piston tunggal Nissin (belakang). Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran kini adalah ciri standard.
Selain itu Trident 660 ini memiliki dua mod tunggang, iaitu Road dan Rain dengan kawalan traksi boleh ubah menerusi pilihan pada kluster instrumen dan terotel elektronik ride-by-wire. Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm dengan fungsi pisah (SFF) pada setiap kaki fork, dan bukan jenis boleh laras. Suspensi belakang menggunakan monoshock Showa dengan peredam prabeban boleh laras.
Dengan rekabentuk yang ringkas moden serta retro, tambahan pula motosikal ini hanya seberat 189kg, amat mudah sesiapa sahaja menungangnya terutama bagi mereka baru hendak berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa tinggi. Selain itu posisi menunggang juga menegak dan tinggi pelana 805mm, tidak terlalu menjingkit kaki dari permukaan tanah. Cukup yakin semasa menunggang ke mana dan permukaan jalan.
Paparan Kluster instrumen jenis bulat LCD TFT dengan warna dengan latar hitam, manakala sistem lampu menggunakan teknologi LED sepenuhnya. Lampu utama dalam unit tunggal bulat kekal bagi mengekalkan ciri tradisional model berkenaan.
Kesimpulannya untuk mereka yang baru dalam dunia motosikal besar harus mencuba dahulu Trident 660 sebelum melangkah ke kuasa lebih besar atau mereka yang inginkan gaya tunggangan yang mudah dikawal tapi tetap bergaya. Dari segi kuasanya cukup sesuai dengan karektor motosikal “naked bike” retro moden ini, ianya buka sebuah motosikal agresif tetapi ianya selesa bergaya dengan mudah dan santai. Anda akan selesai ke mana-mana destinasi tanpa terlalu tertekan dengan mengawal kuasa enjin berlebihan, janji sampai dengan penuh bergaya Triumph!!.