Categories : MOTOSIKAL
BMW S1000R
Di pasaran motosikal berkuasa tinggi di Malaysia sekarang, “naked bike” atau motosikal yang tidak mempunyai fairing adalah antara gaya yang menjadi pilihan penunggang kerana ia menonjolkan rekaan enjin jentera itu dan kedudukan menunggang yang tidak terlalu menunduk. Menunggang motosikal sebegini adalah lebih selesa dan lebih mudah dikawal ke mana-mana destinasi.