SYM VF3i 185 LE (EDISI TERHAD) TAMBAHAN 5,000 UNIT LAGI ATAS PERMINTAAN PASARAN!

PULAU PINANG, 11 SEPTEMBER 2020 – Kehangatan motosikal SYM VF3i LE semakin membara apabila MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah menerima tempahan dan permintaan yang tinggi sejak ia dilancarkan pada bulan Mei lalu. Model ini ditawarkan dengan harga jualan RM9,338 tidak termasuk insuran dan cukai jalan.

“Ingin dimaklumkan bahawa kami telah menerima jumlah tempahan hampir 10,000 unit sehingga hari ini. Kami amat menghargai sokongan pelanggan serta bakal pelanggan kami,” kata Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., Asri Ahmad.

SYM VF3i 185 LE merupakan model kapcai pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci(ABS) dan juga beberapa naik taraf pada bahagian enjin untuk penunggangan yang optimum dan keselamatan yang maksima. Menurut Asri Ahmad, sebelum ini pengeluaran model VF3i 185 LE terhad kepada 5,000 unit sahaja, namun pihak MForce telah membuat keputusan untuk menambah keluaran kepada 10,000 unit sehingga December 2020 atas permintaan peminat VF3i dan juga pengedar-pengedar di seluruh Malaysia. Pemilik VF3i 185 LE juga dapat menikmati jaminan pengeluar selama dua (2) tahun atau jarak perbatuan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan juga perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Tulen Atas Talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.