Generasi ke-3 Suzuki V-Strom 1050DE 2023 telah di lancarkan semasa Pameran Auto Malaysia. Harga semasa dperlancaran diumumkan adalah, RM88,888. Harga ini tidak termasuk cukai jalan, insurans atau pendaftaran. Model adventure dari Suzuki ini terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu Champion Yellow/Metallic Mat Sword Silver dan Glass Sparkle Black/Metallic Mat Black. V-Strom 1050DE ini adalah model pilihan bagi mereka yang inginkan gaya lebih lasak. Akan tetapi kelincahan motosikal ini sebenarnya tetap selesa di jalanraya seperti model V-Strom 1050XT yang mana telah dipandu uji terlebih dahulu.
Dikuasakan oleh DOHC, V-twin penyejuk cecair dengan 1,037 cc, V-Strom 1050DE. Di mana Suzuki V-Strom kini dalam generasi ketiganya ianya memperoleh 105.5 hp dan tork 100 Nm pada 8,000 rpm. Kotak gear enam kelajuan dengan pemacu terakhir mengunakan rantai. Walaupun tidak selancar pengunaan shaft, akan tetapi ianya tetap selesa dan mampu meninggal saingannya di lebuhraya atau dijalan lasak.
V-Strom 1050DE juga telah di padankan dengan sistem penggantungan yang lebih tinggi, sesuai dengan keraktor motosikal ini yang sesuai dengan untuk laluan lasak dan mencabar, terutamanya di pedalaman, dengan memberikan kelegaan tanah 190 mm berbanding model asas 165 mm. Bahagian hadapan mengunakan penyerap hentak dari Kayaba terbalik berdiameter 43 mm, boleh laras sepenuhnya dan boleh laras pramuat. Melalui jalanraya berselekoh cukup meyakinkan tiada masalah dari segi kestabilan dan membuang ketika diuji, walaupun pada kelajuan tinggi adakalanya. Suzuki V-Strom 1050DE ini dibezakan daripada model asas V-Strom 1050 dengan pemasangan roda jejari 21-inci di hadapan manakala bahagian belakang kekal pada 17-inci, dengan tayar Dunlop Trailmax Mistour. Selain itu pada spesifikasi ‘DE’ V-Strom 1050 ialah mod “kerikil”, tambahan pada tiga mod tunggangan yang tersedia.
Antara lain V-Strom ini mempunyai Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.). Ini lengkap dengan sistem “Suzuki Traction Control System (STCS), Motion Track Brake System, Cruise Control System, Hill Hold Control System, Load Dependent Control System, Slope Dependent Control System, Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist”. Hampir teknologi motosikal masa kini semua dia sapu, ini benar-benar untuk memudahkan anda menunggang dengan yakin dan selamat. Selain itu ianya ada kelengkapan standard seperti penukar gear pantas atas-bawah ( Quick-Shiffter ). Peralatan tunggangan lain termasuk bar hendal yang lebih tebal, cermin depan yang lebih pendek daripada stok dan sistem ABS boleh tukar untuk roda belakang.
Menurut pihak Suzuki untuk pasaran Malaysia tempat duduk yang ditawarkan adalah lebih pendek untuk V-Strom 1050DE. Ini meletakkan penunggang 850 mm dari tanah, berbanding stok ketinggian tempat duduk 880 mm. Anda tidak perlu risau, kerana tidak terlalu terjengkit kaki apabila motosikal sedang berhenti. Suzuki V-Strom 1050DE ini mempunyai berat 252 kg dengan 20 liter bahan api di dalam tangki, yang mana kebanyakkan model adventure bersaiz besar beratnya lebih kurang.
Dalam jangka masa agak terhad juga pihak kami dapat mencuba motosikal ini, walaupun bagaimana pun V-Strom DE ini sememangnya amat sesuai bagi mereka yang gemar mengembara jarak jauh, yang mana sekarang ini bukan sahaja ikutan semata-mata, tetapi minat dan gaya hidup lasak yang terus mendapat tempat dikalangan peminat motosikal. Dengan akiviti solo atau berkumpulan aktiviti terutamanya bagi perjalanan jarak jauh atau luar daerah yang mencabar keadaan jalannya. Walaupun V-Strom 1050DE ini sedikit berat untuk admin dan rata-rata penunggang bersaiz Asia, ianya tetap mudah di kawal dan bawa, hanya perlu diarahkan ke mana laluan pilihan anda, tiada masalah. Suzuki V-strom ini mampu menarik minat pengemar motosikal adventure lasak sedia ada dan bersaing dengan jenama lain dipasaran.