SUZUKI Katana Diberi Nafas Baharu

Suzuki kali ini telah mengembalikan kegemilangan model yang pernah mengegarkan arena motosikal  dan Kebanyakkan peminat motorsikal era tahun 80an hingga 90an, pasti kenal akan motosikal lagenda ini yg pernah mencetus fenomena dengan reka bentuk yang berlainan dan agresif dan ianya dikeluarkan sehingga tahun 2006, yang  pasti akan kenal  akan jenama Suzuki apa lagi dengan gelaran “Katana” satu ikon lagenda yang tak perlu diperkenalkan lagi.Kalau anak Makcik kiah lihat mesti terpesona  lah jika melintas depan gerai nasi lemaknya.Sesuai dengan namanya katana bentuk motosikal ini juga seakan  melambangkan sebilah pedang katana yang terkenal di Jepun. Reka bentuk model Katana ini bermula ketika Suzuki melantik Hans Muth, mantan ketua rekabentuk BMW, untuk mengemas kini imej syarikat.  Pasukan reka bentuk terdiri dari tiga orang terdiri daripada Muth, Jan Fellstrom dan Hans-Georg Kasten. Pada akhir tahun 1980 ketika itu Suzuki GSX1100S Katana ini melandai jalanraya, ia dijulang  oleh Suzuki sebagai motosikal pengeluaran besar-besaran yang  terpantas di dunia ketika itu, yang menjadikan image Katana ini menjadi kegila peminat motosikal  seluruh dunia.

Kebanyakkan peminat motorsikal tak mampu memiliki pasti akan ada menyimpan gambar atau model kecil jentera ini sebagai koleksi, kira berangaan la ketika itu sebab admin pun sama.Begitu kuat pengaruh ia ketika itu di serata dunia, yang mana  masih ada yang memilikinya dan gagah berada di jalanraya, kebanyakkannya hanya akan keluar ketika ada acara rasmi atau berjumpa kawan-kawan yang sama-sama meminati jentera ini atau jentera tahun 80an -90an ini, masing-masing masih kekal menghargai jentera kesayangan dan terus menyimpan hingga kini, kebanyakkan kira dah Otai didalam dunia permotoran.

Kini Suzuki cuba mengulangi kejayaan dan telah melahirkan jelmaan kembali model  lagenda  motorsikal ini.Jika dilihat pada rekabentuk terbaru ini tidak banyak perubahaan ketara, masih mengekalkan bentuk tirus pedang katana kerana itulah imagenya tersendiri dari dahulu lagi, cumanya ia diperbaharui dengan kemas dan moden sesuai dengan predaraan zaman kini. Admin menunggu agak lama untuk mendapat sebuah untuk diuji unit istimewaa ini, kerana permintaan dan agak terhad ketika itu.Kini ada di depan mata, memang ia lahir dizaman admin ketika itu dan sekarang ia kembali di depan mata dengan model terbaru pula, di punya suka tak boleh bawa bincang, sewaktu bawa keluar dari bilik pameran dan servis terbaru di Sunway, Subang Jaya, sepanjang perjalanan tersenyum dan puas hati, ramai mata menjeling akan motosikal ini,sebabnya masih tak banyak dijalanraya dan Katana!!!, bak kata orang bukan biasa-biasa, kadang-kadang nama yang popular sepanjang zaman seperti Katana, Ninja, fireblade dan macam-macam nama diberi gelaran membantu lagi jelmaan nama sesebuah jentera itu untuk diingati dan menarik.

Berbalik kepada Katana ini, seperti biasa kami menyerahkan kepada saudara Stick kita menguji dan merasai kesesuaian jentera ini pada zaman ini untuk terus menyambung kesinambungan kegemilangan ikon jentera yang pernah mengegarkan industri permotoran era 80an – 90an dahulu.Sesuai dengan konsep EnjinDot.com yang bukan tertumpu pada teknikal, kami lebih pada pengalaman menunggang, perlangcongan dan gaya hidup terkini seorang penunggang motosikal.Jentera seperti ini bukan untuk kita menunggang seperti seorang pelumba motogp atau laju tak tentu pasal.Ini adalah jentera penuh gaya dan keseronokkan menunggang  yang anda akan merasai apabila mula menunggang terutama dijalanraya yang terbuka dan pedalaman, bak kata orang menghayati pengalaman sepanjang perjalanan  dan keseronokkan menunggang motosikal Katana ini.

Jentera Katana dipadakan dengan enjin dari unit 999cc K5 GSX-R1000. ia mengeluarkan 150hp pada 10,000rpm dan 108Nm pada 9,500rpm. Walaupun angka tersebut tidak meletakkan Katana dalam liga yang sama seperti motosikal “Super Naked” seperti MT10 atau Tuono, jentera ini memberikan lebih banyak daya dorong cukup untuk membuat semua orang gembira dan puas hati tetapi bangi yang seorang agersif menunggang, ia lupakan mungkin akan merasa belum cukup nikmatnya, terpeluang dengan gaya dan minat, pada admin sudah cukup memandai dengan kuasanya yang mudah dikawal, terutama apabila berada dijalanraya. Dengan tanpa mod penunggangan yang biasa ada pada motosikal terbaru masa kini ianya tak perlu  perlu dikhawatirkan, hanya perlu memulas  pendikit dengan cara yang betul , bukan “way-by-wire” , hubungan dengan pendikit yang dikendalikan oleh kabel, sekurang-kurangnya dalam fikiran kita selalu lebih lurus dan lancar daripada sambungan elektronik. Dari DNA retro, selain itu ianya tidak ada yang terbaru dari teknologi  tentang motosikal ini, semasa menguji dijalanraya terutama di kawasan berliku-liku  terasa juga kejutan belakang yang agak terlalu keras  dan fork hadapan  yang lembut.Dengan berat 215kg berat badan Katana cepat hilang semasa bergerak seolah tiada bebanan terasa. Ketinggian tempat duduk 825mm juga menjadikan menunggang motosikal di sekitar lalu lintas sesak seperti Bandar menjadi penat, jika anda berat bawa 70kg, tapi masih mudah meyelit di celah-celah kenderaan ketika waktu puncak.Betul motosikal ini lebih pada keseronokkan gaya menunggang.

Dengan kaliper Brembo spesifikasi tinggi dan cakera 320mm di hadapan, kehebatan mesin ini berhenti tidak diragukan lagi! Tuas yang boleh disesuaikan dengan rentang bermaksud sarung tangan kecil saya juga selesa di palang dan sistem ABS,  adalah salah satu yang paling lancar. Satu-satunya kelemahan adalah kurangnya penyesuaian dalam ABS, sesetengah orang lebih suka mematikan sistem sama sekali, di jalan yang basah dengan hujan pada awal pelancaran,  Saya gembira kerana mendapat sokongan system ini, bukan semua orang mahir dan terlalu yakin di dalam hujan dan jalanraya basah.

Sejak dilancarkan beberapa tahun yang lalu, Katana telah mendapat berbagai pendapat ada yang suka dan tidak itu adalah kenyataan. Dari gaya hingga fakta bahawa ia menggunakan GSX-S sebagai asas  untuk mengikut perkembangan semasa dengan enjin lebih segar.Bagi seseorang peminat motorsikal yang meminati sesuatu yang moden, ringan dan serba terbaru Katana bukan pilihan anda ianya hanya sesuai bagai peminat motosikal retro yang ingin terus menyambung kesinmbungan jentera lagenda ini dengan gaya menunggang asli tidak banyak bantuan dari teknologi moden, cukup sekadar pada hiasan dan sedikit sentuhan ia sudah memadai. Cuma Tangki 12 liter yang kecil untuk perjalanan jauh yang hanya boleh berjalan  maksimum sejauh lebih kurang kira-kira 200km di antara tempat dan berhenti untuk isian bahan bakar. Suzuki  Katana seolah seperti pelumba kafe bergaya retro dengan kuasa 150bhp yang jelmaan kembali dari zaman lampau ke zaman moden hari ini.Bagi Admin jika Katana ini di buat  dengan lebih agresif bentuknya dengan teknologi terkini pasti lebih mantap, masih ada ruang lagi untuk tambah lagi garang, sesuai dengan namanya Katana. Spesifikasi Jenis: 999cc,4-Sebaris,Bore x stroke: 73.4 mm x 59.0mm.Nisbah mampatan: 12.2: 1,Kuasa maksimum: 150 kuasa kuda @ 10,000 rpm, Tork maksimum: 80 kaki / lbs @ 9500 rpm, dengan suntikan bahan api, Penyejukan: Cecair, Penghantaran: mesh berterusan 6-kelajuan.Rangka: Spar kembar aluminium.Suspensi depan:  43mm KYB yang boleh disesuaikan sepenuhnya.Suspensi belakang: Kejutan berbantuan pautan dengan preload spring dan redaman redound.Roda: Aluminium tuang’Tayar: Dunlop Sportmax Roadsport 2.Tayar depan: 120/70 x 17.Tayar belakang: 190/50 x 17.Brek hadapan: cakera terapung 320mm dengan caliper terapung dua piston Brembo.ABS: Wheelbase: 1460 mm.Ketinggian tempat duduk: 825mm.Kapasiti bahan api: 12 liter.Berat basah: 215kg Standard