Suzuki GSX-8S mainan baru peminat “nakedbike”

GALERI

Suzuki telah melancarkan segmen motosikal “naked bike” kelas pertengahan yang menarik dari rekabentuk dan juga enjin baru mereka iaitu Suzuki GSX-8S 2023, yang berharga RM50,800, harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Untuk persaingan di Malaysia, Suzuki GSX-8S boleh lah bersama-sama dalam ketogeri dengannya adalah motosikal Kawasaki Z650, Yamaha MT-07 dan Aprilia Tuono 660 dari segi harga dan konfigurasi enjin, dalam segmen ini.

 

Motosikal Suzuki GSX-8S ini datang dengan enjin berkembar selari dengan aci engkol 270 darjah yang mana ianya menyesarkan 776 cc dengan DOHC dan penyejukan cecair,  EFI. Suzuki juga telah mendakwa kuasa untuk GSX-8S ini  mencapai 82 hp pada 8,500 rpm dan 78 Nm tork pada 6,800 rpm. Telah menjadi ikutan pengeluar motosikal dengan enjin berkembar dengan model motosikal mereka masing-masing di pasaran motosikal masa kini.

 

Suzuki GSX800S ini juga di lengkapi dengan Kotak gear enam kelajuan dengan pemacu akhir rantai, dan di hadapan dan belakang 800S ini bersaiz roda 17 inci. juga menggunakan pendikit tunggangan dengan wayar, GSX-8S mendapat tiga mod tunggangan dengan Mod A paling agresif dari segi penghantaran kuasa, diikuti dengan Mod B untuk jalan raya dan Mod C paling lembut dan sesuai untuk menunggang dalam hujan.

Suzuki GSX-8S mempunyai enjin dan bingkai serba baharu yang dibina di sekelilingnya sebagai padanan yang sempurna. Enjin 776cc DOHC 776cc berkembar selari, 4 injap setiap silinder termasuk konfigurasi lejang panjang yang memberikan keseimbangan halus kuasa yang licin dan boleh dikawal dari rpm rendah dan perasaan prestasi putaran bebas yang memuaskan hingga ke peringkat tinggi

Kotak gear enam kelajuan dengan pemacu akhir rantai mendapat kuasa ke roda belakang, dan hadapan dan belakang bersaiz roda ialah 17 inci. Dengan pendikit tunggangan dengan wayar, GSX-8S mendapat tiga mod tunggangan dengan Mod A paling agresif dari segi penghantaran kuasa, diikuti dengan Mod B untuk jalan raya dan Mod C paling lembut dan sesuai untuk menunggang dalam hujan.

Antara barangan standard yang ada ialah kawalan cengkaman ( traction control ) tiga peringkat, bantuan rpm rendah untuk mengelak motosikal terhenti semasa berlepas serta  ” quick shifter ” penukar pantas naik-turun. Suspensi hadapan dari jenama KYB dengan dan terbalik di hadapan dengan monoshopck di belakang. Manakala brek GSX-8S ini dipadankan dengan angkup empat piston Nissin berkembar di hadapan pada cakera 310 mm dan cakera tunggal berdiameter 240 mm di belakang.

 

Dengan berat keseluruhan GSX-8S pada 202 kg, sememangnya ianya amat mudah dikawal. Untuk perjalanan jarak sederhanan jauh tiada masalah dengan 14 liter bahan api dalam tangki, membolehkan anda selesa ke mana destinasi dengan yakin. Satu lagi istimewa untuk orang asia, khasnya di Malaysia adalah dengan  ketinggiannya dari tempat duduk hanya 810 mm, ini amat meyakinkan sesiapa menunggang motosikal ini., dengan kaki dapat menyentuh tanah.

Motosikal Suzuki 800s ini tersedia dengan tiga warna di Malaysia iaitu Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Metallic Matt No.2/Glass Sparkle Black, manakala waranti dua tahun atau 20,000 km juga diberikan kepada pemilik motosikal ini. (