Superbike Dari Honda Iaitu CBR1000RR Dan CBR1000RR-SP Baharu

Ia diantara model berkuasa tinggi yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi, sejak mula-mula ia diperkenalkan lagi pada 2004 di pasaran dunia, khasnya di Malaysia ini, Honda CBR atau Fireblade!!. Admin pada mulanya tidak la menaruh harapan tinggi terhadap model CBR1000RR ini kerana pernah menguji model tersebut, dari model terdahulu lagi kecuali pada model ini. Dari segi rekabentuk ia berubah keseluruhan dari hadapan hingga bahagian belakangnya. Dengan lampu hadapan yang lebih agresif dan garang ia makin menyerlahkan bentuk Honda CBR ini. Honda memang terkenal dengan rekabentuk yang menarik serta praktikal untuk kegunaan harian atau hobi pada mereka yang sukakan jiwa kelajuan. Begitu juga dengan model Honda CBR Fireblade ini yang kita terfikir ianya sebuah model “Superbike” yang hanya kelajuan dan gaya tunggangan agresif semata-mata, orang kata sakit pinggang. Tetapi dengan teknologi dan rekabentuk baru ini motosikal ini sebenarnya  amat mudah dibawa dan ringan untuk kita kawalnya ke mana pun kita tuju, ia seolah membuatkan kita melupakan segala kedudukan posisi menunggang yang membongkok dan agresif, yang bertukar keseronokkan menunggang mengatasi segalanya.

Pihak Boon Siew Honda telah sudi meminjamkan kami sebuah model CBR1000RR Fireblade dan sebuah lagi model teratas bagi CBR ini iaitu CBR1000RR-SP, ia model yang lebih mahal dan dilengkapi dengan kelengkapan yang terbaik. Mr.Stick kita merasai kesesuaian sebuah Superbike didalam tunggangan harian dan hobi menunggang kita di hari minggu atau di litar lumba. Untuk pengetahuan model ini didatangkan untuk pasaran Malaysia dalam 2 speksifikasi iaitu CBR1000RR dan CBR1000R-SP, Bagi model biasa Honda CBR1000 RR Fireblade, dari segi rekabentuk tiada beza kecuali model CBR-SP yang lengkapi dengan segala barangan lebih baik dan mahal, seperti brek Brembo, sunspensi Ohlins depan dan belakang, quickshiftter dan banyak lagi. Tentunya model SP lebih menarik dan mahal dari segi penampilan, kawalan dan harga. Dengan kuasa enjin empat lejang 16 injap DOHC , sistem penyejukan cecair berkapasiti 999cc mampu menjana kuasa 189hp pada 13,000rpm dan tork 114Nm pada 11,000rpm. Ia juga didatangkan dengan teknologi termaju Honda seperti HSTC, Selectable Engine Brake (SEB), ABS, pilihan Quickshifter dengan Downshift Assist, Power Selector, suspensi Showa boleh laras sepenuhnya dan Honda Electronic Steering Damper (HESD) menawarkan tunggangan dan pengendalian luar biasa, serius bagi peminat “Superbike” dunia semakin maju membuatkan anda asyik dengan model berkuasa tinggi ini, kita menunggang bukan macam era dahulu yang memerlukan daya kawalan yang menyerluruh jentera itu, tapi sekarang jentera semakin ringan dan mudah dikawal.

Diadaptasi dari RC213V-S, sistem throttle-by-wire (pertama pada Honda empat lejang) mempunyai Sensor Posisi Pendorong yang terbina dalam dan meningkatkan tindakbalas dan kawalan. Dengan didatangkan Shifter ia membolehkan beralih ke atas atau ke bawah tanpa menggunakan pendikit atau klac; beban pemanduan pada gear dikurangkan semasa peralihan, mempermudahkan proses peralihan penunggang di jalanraya, perjalanan biasa atau kesesakan lalu lintas. Untuk kedua-dua upshifting dan downshifting, rasa boleh diselaraskan di antara tiga tahap. Kawalan dari jentera ini mengangkat tayar hadapan “Wheelie” ditambah untuk 2019, membawa tahap tambahan kawalan dan pilihan tambahan pada meter. Berasal dari model lumba RC213V-S, Kawalan Tork Honda Selectable (HSTC) yang mengukur kelajuan roda hadapan dan belakang roda belakang dan badan, ia juga menggunakan teknologi pengesanan yang dibangunkan untuk ASIMO.

Berbalik pada kegunaan harian model ini, agak mudah biar pun ia sebuah jentera “Superbike” ia terasa ringan apabila bergerak dan mudah dikawal setiap lenggok jentera CBR ini.Ketika kesesakkan jalanraya waktu puncak terutama selepas tol Sungai Besi ke arah Bandaraya Kuala Lumpur yang terkenal dengan sesaknya. Terima kasih pada system brek dan kawalan motor ini dan berat yang mudah kita kawal dan imbangkan setiap kali mengubah kedudukkan ketika laju dan mengubah haluan secara tiba-tiba terutamanya.( Ini kerap terjadi jika anda menunggang dikawasan sesak terutama kenderaan besar mengubah haluan secara tiba-tiba).Sudut stereng hendal motosikal amat penting untuk keselesaan dan kawalan kita ketika menunggang, untuk mendapatkan pengalaman yang betul-betul berharga dengan jentera anda terutama Honda CBR1000RR ini.

Model CBR kedua-dua ini benar-benar mencuri tumpuan kepada peminat motosikal khasnya superbike”,Bagi mereka yang meminati jentera liar tetapi mudah dikawal dan senang diguna bila-bila masa mungkin ini akan buat anda jatuh cinta pada motosikla tunduk kelajuan cahaya.Dengan harga di pasaran anggaran Rm91,999.00 bagi CBR1000RR dan CBR1000RR-SP RM144,999.00.