Skuter Yamaha CP250 Rekabentuk Yang Unik

Sekali ia lalu sahaja didepan orang ramai pasti ada mata memandang, paling sukar hendak mengenali jenama atau model skuter jenis apakah ini.Itu lah yang terjadi apa bila admin memulakan perjalanan dari ibupejabat  Hong Leong Yamaha Motorcycle di Sungai Buloh.Skuter ini adalah dari model Yamaha CP250 Maxam ia popular di negara Jepun.Kalau di sana budaya fashion bike amat kuat hingga terdapat bermacam-macam gaya skuter ini digayakan salah satunya adalah Cp250 Maxam ini. Model ini dibawa terus dari Jepun ke ruang pameran Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd di Sungai Buloh.

Pada mulanya agak janggal juga apabila duduk sahaja di atas skuter ini, kerana ia bukan kebiasaan skuter yang terdapat dijalanraya Malaysia.Rekabentuk yang panjang dan rendah dari biasa akan membuat anda sangka ia sebuah jetski darat yang memiliki sepasang tayar, kerana  badannya sahaja yang panjang (hampir 10 kaki), kalau kita telihat dijalanraya seolah sedang terapung-apung sahaja meyusur lancar di lebuhraya. Lantai pemijak cukup  luas ianya cukup sesuai untuk penunggang yang berkaki panjang manakala bahagian pelana pembonceng diletakkan dengan penyandar (penyokong pinggang) dan bar pemegang krom. Sudut panel meternya, mungkin agak ketinggalan mengikut zaman kini yang kea rah meter skrin LCD, tetapi cukup jelas dengan lampu latar belakang berwarna merah. Di bahagian atas pula,  kemasan krom pada bahagian bar hendal menjadikan jentera ini eksklusif, nampak mewah dan mahal.Kualitinya amat baik dan amat ketara sekali jika hendak dibandingkan dengan model-model sedia ada dipasaran masa kini untuk segmen skuter 250.

Apabila menunggang dijalanraya pasti ada sahaja akan bertanya akan skuter unik ini, sememangnya menjadi tarikan!!. Antara yang menarik admin adalah bahagian Lampu belakangnya direka mendatar dan panjang, ianya amat bagus sekali terang dan jelas. Di samping hujung kiri dan kanannya pula adalah lampu isyarat yang direka berbentuk menegak, sekali imbas macam sebuah kereta pun ada, sememangnya setiap sudut skuter ini amat kelainan dan tersendiri. Dengan pelananya yang rendah Ia hanya setinggi 655mm, pada mula agak kekok, bukan kebiasaan sebuah skuter yang ada dipasaran Malaysia ini. Satu perkara yang menarik adalah bahagian fork teleskopik yang dipadankan pada skuter ini memang ringan, langsung tidak terasa beban menggerakkan Maxam walaupun beratnya 200kg. Senyap dan lembut! Itulah karaktor enjin skuter sewaktu mula-mula ia dihidupkan.

 Rekabentuk skuter ini  lebih cenderung kepada dunia kustom dan bergaya sahaja seperti yang kita lihat di negara asal Jepun. Di datangkan dengan engan enjin 249cc yang berkuasa 20hp pada 7,500rpm dan 22Nm pada 2,200rpm sudah meandai cukup bertenaga meluncurkan jentera skuter Yamaha ini lancar ke depan dengan pantas. Kelancarannya membuatkan kita seolah tidak  terasa apa-apa tekanan dan bebanan ketika menunggang, ianya terus meluncur bersahaja dengan mudah.

Skuter Maxam ini sebenarnya mampu untuk dipecut pada kelajuan maksimum 130 -135km/j sebelum terasa enjinnya disekat. Putaran rpm terus menurun dengan tiba-tiba, keadaan ini mungkin agak janggal dan merbahaya jika secara tiba-tiba kelajuan menurun terutama ketika memotong kenderaan besar.Ini  berlaku setiap kali terjadi apabila kelajuan mencecah 130-135km/j (macam cut-off) sedangkan ianya  mampu untuk terus laju.Atas faktor keselamatan dan keselesaan, kelajuan paling santai dan selesa ialah dalam sekitar 90-100km/j, lagi pun ia di reka bukan untuk tujuan kelajuan. Apa pun jika ia didatangkan dengan sistem “cruise control” lagi menarik, sedar-sedar kita dah sampai distinasi yang dituju.

Bagaimana pun anda tak mungkin dapat membelinya di pasaran Malaysia kecuali ada yang bawa masuk. Pasaran di Malaysia belum lagi mampu memenuhi dan permintaan ke arah rekabentuk seperti ini, mungkin suatu hari nanti siapa tahu. Jika dijual di pasaran Malaysia mungkin harga agak tinggi boleh mencecah ke RM35-40K seunit.