Susulan kejayaan skuter Honda BeAT di Indonesia yang mendapat sambutan hangat, Boon Siew Honda telah membawa masuk versi dipertingkatkan model tahun 2019 Honda BeAT Street ke pasaran Malaysia.
Enjindotcom telah diberi kepercayaan oleh BSH untuk memandu uji skuter 110 cc ini selama seminggu. Berikut adalah pengalaman Admin semasa menunggang Honda BeAT Street ini :
1. Setelah menunggang ke sana ke sini ke sana ke sini selama seminggu di dalam daerah Kuala Lumpur, baki petrol di tangki masih ada separuh! Inilah pengamatan Admin yang paling ketara sekali. Skuter ini dilengkapi dengan Eco mod dan teknologi suntikan bahan api PGM-F1 berkuasa 8.7HP pada 6,000 rpm menjadikan pembakaran bahan api lebih efisen dan membolehkan skuter ini berjalan lebih jauh dengan penggunaan petrol yang sedikit. Admin rasa skuter ini paling jimat penggunaan minyak di dalam kelasnya!
2. Throttle respond yang amat baik. Pulas je throttle, skuter ini akan meluncur laju mengikut arahan tuannya. Enjin 4 lejang silinder tunggal 110cc dengan penyejukan udara ini dan transmisi automatik V-Belt tidak mengecewakan Admin. Cukup berkuasa untuk menjadikan perjalanan di dalam bandar lebih seronok. Motor yang bersaiz kecil dan ringan ini memudahkan Admin mengemudinya dicelah-celah kesesakan kotaraya Kuala Lumpur. Sesuai dengan nama BeAT, skuter ini akan sentiasa mengikut rentak ridernya!
3. Admin memacu uji Honda BeAT Street warna Space Magenta Magellanic. Warna rona unggu ini memang menarik dan sesuai untuk golongan wanita remaja. Patut la ramai gadis yang melambai kepada Admin semasa menunggang di kawasan Pavillion tempoh hari! Skuter ini juga didatangkan dengan warna Vivacity Red (juga sesuai untuk gadis remaja), Pearl Magellanic Black dan Pearl Nightfall Blue. Rona warna hitam dan biru ini pula disasarkan untuk golongan remaja lelaki.
4. Skuter ini menggunakan Sistem Brek Kombi (CBS) agar penunggang boleh membrek secara selamat tanpa tergelincir. Suis tongkat sisi pula akan mematikan enjin secara automatik sekiranya tongkat sisi diturunkan. Jurutera Honda juga melengkapkan Sistem Kunci Pinta (SLS) ke atas skuter ini untuk mengelakkan roda bergolek ketika sedang berhenti di jalan yang bercerun. Dalam erti kata lain, Admin boleh menunggang dengan yakin dan selamat dengan adanya ciri-ciri keselamatan yang dipasangkan pada skuter ini.
Kesimpulannya, pandangan peribadi Admin, skuter ini paling sesuai untuk kegunaan di dalam bandar, sangat efisen dan jimat petrol dan merupakan skuter entry level yang terbaik untuk anak muda remaja yang baru menceburi dunia 2 roda ini. Harga jualannya RM5,555 (tanpa insurans, cukai jalan & pendaftaran) yang mampu milik juga merupakan satu lagi faktor yang akan menarik bakal pelanggan skuter ini. Bagi mereka yang kehilangan kerja akibat pendemik Covid 19 dan mungkin hendak menjadi runner Grab Food atau Food Panda dan sebagainya, Admin sarankan skuter ini sebagai pilihan utama!
Akhir kata terima kasih kepada Honda yang mereka cipta skuter mampu milik yang berkualiti ini untuk masyarakat kita dan BSH kerana memberi Admin peluang untuk memandu uji skuter ini!
On the city street, with Honda Beat!!!