Setiap hari di paparan berita akan menyiarkan kisah kemalangan yang boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Mengikut data Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia ( MIROS ), sebanyak 155,058 kematian dan lebih sejuta kecederaan akibat nahas jalan raya telah direkodkan sejak 1995, dari semua peringkat umur dengan bermacam-macam faktor kecuaian individu atau keadaan jalan raya itu sendiri yang biasanya menjadi punca, apa yang hendak ditekan adalah pada mereka yang baru kurang pengalaman dan mempunyai lesen memandu ketika berada dijalan raya. Umumnya kita semua tahu setiap seseorang yang mempunyai lesen memandu yang sah akan mejalani ujian teori dan praktikal di sekolah memandu, seterusnya ujian terakhir untuk mendapatkan lesen. Persoalan dia adakah cukup sekadar itu dan terus bersedia berada dijalan raya dengan pendedahan serta pengalaman yang akan ditempoh sendiri. Jalan raya bukan medan tempat ujian tetapi tempat sebenar dan bahaya bagi mereka belum mahir selok-belok ketika memandu atau menunggang, banyak telah nyawa hilang dan kecacatan kekal yang merugikan.
Mungkin kita terlupa atau pihak berwajib ada alasan tersendiri, bagaimana mereka-mereka ini telah benar bersedia dengan sempurna untuk berhadapan dengan bermacam-macam bahaya ketika dijalan raya, dengan hanya berlajar secara asas di sekolah memandu sahaja mengcukupi. Adakah ianya sesuai dengan zaman mencabar ketika ini, dengan hanya pembelajaran yang disediakan di sekolah memandu selama ini? Untuk melahirkan penguna kenderaan yang lebih bertanggunjawab dan keselamatan setiap individu, rasanya setiap mereka ini haruslah meneruskan lagi pembelajaran ilmu pemanduan terutama ketika dijalan raya dengan mencari tempat yang menyediakan kursus “advance driving” ini. Jika hanya setakat boleh memandu dan menunggang belum tentu seseorang itu mampu berhadapan dengan bermacam-macam bahaya, karenah penguna jalan raya lain dan keadaan sekeliling khasnya.
Kadar kemalangan setiap tahun sentiasa meningkat, bukan satu kerja yang mudah untuk mengawal setiap penguna jalan raya terutama yang tidak banyak pengalaman, kecuaian akan pasti berlaku bila-bila masa, ketika berada dijalan raya. Banyak fakor yang membuatkan kita kena bersiap sedia sebelum benar-benar berkemampuan mengawal kenderaan dan diri, contohnya seperti mengenali keupayaan kenderaan mereka itu sendiri sewaktu memandu atau menunggang di jalanraya, bukan hanya dengan sekeping lesen memandu sahaja ianya mampu memahirkan anda berhadapan didalam keadaan situasi kecemasan amnya.
Pengenalan mengenai kenderaan dan jalan raya khasnya perlu diwajibkan bermula dari peringkat sekolah-sekolah rendah lagi, agar mereka generasi muda ini akan terbiasa dengan soal keselamatan dan panduan yang betul, sekurang-kurangnya mereka ini ada pengetahuan awal. Banyak kita lupa, terutamanya bagi ibubapa yang mula-mula sekali akan memberikan kebenaran atau lesen untuk mereka ini untuk memandu dan menunggang motosikal. Alasannya adalah keperluan semasa terutama ke sekolah dan masa. Setiap generasi atau masakini akan terbiasa dengan kemudahan yang sedia tersedia, zaman sentiasa mencabar terutama dengan minat serta hobi pada kenderaan, perasaaan darah muda sentiasa akan membuatkan mereka ini akan sentiasa bersaing, terlupa akan keselamatan dan tercabar. Jika silap dalam pergaulan antara mereka, maka akan terjerumus dengan minat jentera ubahsuai atau kelajuan yang lebih merbahaya seperti perlumbaan haram. Perkara sebegini sukar untuk kita elakkan tetapi dengan pendedahan awal tentang pembelajaran kemahiran, keselamatan dan jentera di jalanraya ianya akan dapat sedikit sebanyak akan jadi ingatan dan panduan buat mereka nanti tentang bahaya sentiasa menanti ketika dijalan raya.
Untuk mengendalikan sesuatu kenderaan tidak mermerlukan masa lama sesiapa yang sihat tubuh badan akan mampu mengendalikan kereta atau motosikal khasnya dengan mudah. Tetapi untuk mahir dijalan raya ianya belum tentu lagi, bahkan mereka yang mahir berlumba di litar pelumbaaan pun boleh kecelakaan dijalan raya bila-bila masa. Pengentahuan mengenai sesuatau kenderaan atau keadaan jalan raya serta penguna lain perlu di ambil tahu. Didalam sistem pembelajaran asas memandu dan menunggang, mereka ini kena mahir selok belok setiap keadaan sekililing tempat yang akan dilalui, kena peka dengan kenderaan besar atau kecil ketika dijalan raya. Fokus akan kesihatan diri, kesediaan dan jalanraya didalam 100% tak kira dimana kita berada lebih-lebih lagi apabila menunggang sebuah motosikal baik kecil atau besar impak dia pasti amat bahaya.
Semakin banyak kenderaan dijalanraya dan banyak jalan yang boleh kita lalui, makin banyak bahaya akan boleh berlaku, yang kebanyakkan berpunca atas kesilapan pemandu atau penunggang itu sendiri, ketika berada dijala raya. Pengalaman, ilmu memandu atau menunggang dan sikap itu penting, ditambah pula dengan kesabaran ketika dijalan raya boleh dijadikan penyelamat untuk kita semua. Sama-sama kita buang ego dijalan raya dan bertimbangrasa sentiasa, jangan dijadikan semua ini penyebab diri dan keluarga anda kehilangan selamanya.