Kuala Lumpur, 6 Mei 2021 – Nampaknya, sambutan hari raya tahun ini masih lagi terjejas seperti tahun 2020 berikutan sekatan perjalanan merentas negeri masih lagi berterusan akibat COVID-19. Walau bagaimanapun, semangat untuk berhari raya tetap dirasai di Volvo Car Malaysia, yang kekal komited dalam memastikan keselamatan pada tahap maksimum pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Semasa musim perayaan yang menuntut kita untuk mengekalkan penjarakan sosial ini, Volvo Car Malaysia akan menjalankan beberapa siri kempen untuk meraikan pelanggan baru dan pelanggan lama mereka, termasuklah memberi insentif kepada amalan penyelenggaran yang baik.
Akhtar Sulaiman, Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia berkata: “Di Volvo, kami mengutamakan pelanggan kami dan pada Hari Raya ini, kami ingin meraikan pelanggan kami bersama-sama dengan masyarakat awam. Walau bagaimanapun, kami berhati-hati dengan keadaan semasa dan menyedari perlunya langkah pencegahan diambil. Oleh itu, tawaran baharu kami akan membantu memantapkan elemen keselamatan, sama ada melalui prosedur operasi standard, atau mengambil langkah berjaga-jaga. Kami berharap melalui kempen-kempen ini, kami dapat menanamkan sikap bertimbang rasa dalam setiap pelanggan, untuk memikirkan masyarakat awam.”
Jauh Di Mata, Dekat Di Hati
Tidak kira berapa jauh anda terpisah dari kampung halaman, keluarga dan rakan-rakan, Volvo Car mahu memastikan rakyat Malaysia menempuh perjalanan yang selamat dan selesa bersama Volvo. Oleh itu, pelanggan berpeluang menikmati pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021 ini. Selain itu, Volvo Car Malaysia turut menawarkan kadar faedah serendah 1.88% dengan skim pembiayaan pengurangan baki untuk semua model baharu yang dibeli sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.
Pemilik baharu juga akan menerima pakej perkhidmatan penyelenggaraan selama 5 tahun (VSA 5+) secara percuma bernilai RM9,200 untuk pemilikan tanpa kerisauan.
Raya Bersama Tawaran Eksklusif Volvo
Bermula dari 19 April hingga 31 Mei, pemilik kereta Volvo yang membawa kereta mereka untuk diservis dalam tempoh ini layak menerima pemeriksaan kenderaan berserta cucian kenderaan secara percuma, potongan harga sehingga 30% bagi alat ganti terpilih dan 20% untuk pelbagai aksesori Volvo Car, termasuklah pakej optimasi perisian Polestar.
Tambahan itu, Volvo Car Malaysia juga turut bekerjasama dengan Thule menerusi program Gift With Purchase (GWP), di mana ‘shuttle organiser’ Thule Subterra Power akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian 2 beg bagasi Thule Crossover.
Peraduan #MYVolvoRaya
Untuksemua pemilik kereta Volvo yang menghantar kereta mereka untuk diservis dari 26 April hingga 23 Mei, layak menyertai peraduan #MyVolvoRaya dan berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif dari Bowers and Wilkins, termasuklah hadiah mingguan Bowers and Wilkins Formation Flex, atau hadiah utama iaitu Bowers and Wilkins Formation Soundbar. Untuk menyertai peraduan ini, pemilik kereta hendaklah membawa kereta mereka untuk diservis dan berkongsi pengalaman unik mereka bersama Volvo melalui borang atas talian yang akan diberikan pada akhir sesi nanti. Dari situ, pemilihan akan dibuat berdasarkan cerita yang paling kreatif mengenai kereta Volvo mereka.
“Kepentingan yang paling utama adalah penjagaan kereta, sama ada kereta itu digunakanataupun tidak. Aspek keselamatan yang akan membezakan sama ada kereta itu diselenggarakan dengan baik ataupun tidak. Menerusi kempen ini, kami berharap kami dapat menanamkan amalan pemanduan yang berhemah dan penyelenggaraan yang baik dalam kalangan pelanggan kami serta menggalakkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan terjamin ketika pemanduan. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga mendapat keberkatan bulan Ramadan dan Selamat Hari Raya kepada semua pelanggan Muslim kami,” kata Akhtar. Untuk keterangan lanjut sila kunjungi www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di halaman Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG untuk makluman terkini.