Sesiapa pun akan gembira dengan kenderaan yang mereka pilih atau yang telah dibeli, walaupun ada di antara mereka hingga ada yang sanggup terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya, tentu sahaja ada keistimewaan hingga sanggup bersabar, biar pun bergitu ia masih tetap menjadi pilihan mereka yang inginkan sebuah SUV yang memenuhi gaya, selera dan juga pemanduan setiap hari. Proton X50 telah mencetus satu impak dan pandangan berbeza di antara kenderaan keluaran Proton. Bagi admin ia sebuah SUV yang mampu membuat orang ramai teruja dengan penampilan kenderaan ini di pasaran tempatan, pada mulanya admin sendiri pun tak menaruh harapan besar, kerana banyak lagi jenama SUV berada dipasaran yang bersaing hebat terdapat dipasaran sekarang.
Kini setelah X50 telah berada di pasaran, kami telah berpeluang untuk mencuba kenderaan yang menjadi bualan hangat bagi pengemar kenderaan khasnya SUV sederhana ini. Setelah hampir seminggu juga kenderaan ini telah bersama, secara tak langsung kami telah dapat merasakan sesuatu kelainan dan keselesaan, khasnya dari jenama Proton ianya seperti mana terdapat pada jenama besar lain, mungkin ada yang melebihi apa yang ada di pasaran malah lebih hebat lagi.
Keselesaan kenderaan SUV ini terus dapat dirasakan apabila memasuk sahaja dibahagian dalam, kekemasan ternyata membuatkan ianya nampak mahal dan sempurna. Ketika mula memandu kenderaan ini, sangkaan merasakan ianya kenderaan SUV biasa, ianya amat berlainan dan terasa berbangga dengan perubahan Proton lakukan masakini, biar pun ianya dari teknologi negara luar iaitu Geely tetapi ia merupakan satu permulaan yang baik dan perubahan jangak masa panjang. Proton X50 ini ada aura tersendiri yang akan membuatkan kita seronok memandu di sepanjang jalaraya, puas hati dari segi harga, kualiti dan kuasa pengendalian kenderaan ini.
Seperti biasa kami akan membawa X50 ini di lalauan wajib kami ketika menguji dan kesuaian segmen perlancongan yang Enjindotcom bawakan iaitu dia sepanjang jalan pantai bermula Banting, Morib, dan Bagan Lalang yang terdapat bermacam keadaan permukaan daapt menguji kenderaan ini, apa pun ia tetap amat selesa dan mudah untuk mengawal dengan keduduk pemanduan yang jelas dan tinggi berbanding sebuah kereta, faktor ini membuatkan SUV amat diminati bagi keseluruhan orang ramai masakini
Jentera X50 ini dibekalkan dengan enjin petrol ‘multi-point injection dengan dilengkapi sistem (MPI)’ berpengecas turbo dengan 3 silinder dan kapasiti 1.5 liter (kuasa kuda 150 PS, tork 226 Nm) bagi model standard hingga Exsekutif dan bagi jentera X50 TGDi Flagship pula ia dibekalkan dengan Enjin petrol ‘direct-injection (TGDI)’ berpengecas turbo dengan 3 silinder dan kapasiti 1.5 liter (kuasa kuda 177 PS, tork 255 Nm). Keselesaaan pemanduan SUV ini adalah antara faktor penyumbang dengan ‘Suspension’ ditala dengan ‘ride and handling’ dari Proton yang sememangnya terkenal dan ianya sesuai dengan keperluan dan keadaan jalanraya di Malaysia ini. Bebanding dengan Kereta SUV yang sama iaitu, Geely Binyue di mana ianya mempunyai ‘suspension’ dan ‘feel’ stereng berbeza. Pihak Proton juga telah mengkalibrasikan semula stereng berkuasa elektriknya mereka dengan 4 mod berbeza. Cuma apabila memandu di selekoh tajam masih beralun sedikit sewaktu mengambil selekoh,.
Antara perkara yang menjadi isu semasa kemunculan X50 hingga ada yang memviralkan di media sosial perkara ini hingga hangat diperkatakan adakah enjin 3 silinder X50 dan bunyinya yang kasar, terutama apabila enjin di hidupkan terutama dari luar, enjin ‘direct injection’nya berbunyi dengan jelas. Tapi apabila anda masuk ke dalam kereta tersebut, bunyinya hampir senyap dan ini membuktikan yang kabinnya ditebat-bunyi dengan baik sekali. Boleh dikatakan gegarannya hampir tiada dan amat senyap dan lancar. Pada pandangan admin tiada masalah ketika memandu sepanjang perjalanan. Model Varian Flagshipyang admin bawa ini adalah yang lengkap dengan Advanced Driver-Assistance Systems (ADAS), antara lain adalah :-
- Blind Spot Monitor (BSM)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan pengesan pejalan kaki
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Keep Assist (LKA)
- Intelligent High Beam Control
- Adaptive Cruise Control (ACC) dengan ‘stop and go’.
- Harga kenderaan SUV Proton X50 ini bermula dari RM79,000 hingga ke RM103,000 untuk model FlagShip mereka.