Pengeluar kereta nasional PROTON melancarkan Proton Saga 2022 baharu hari
ini, versi terbaru model klasik itu, di acara eksklusif media yang diadakan di PROTON Centre of Excellence (CoE). Kereta baharu ini memberikan saranan pintar untuk pemandu dan membawa syarikat ke perjalanan baharu dengan ciri, keselamatan dan kualiti yang dipertingkatkan dalam reka bentuk yang diperbaharui di mana ianya memberikan USP Gaya Tertinggi, Penjimatan Pintar dan Kestabilan Terhebat sebagai poin jualan uniknya (USP).
Tersedia dalam empat varian – Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT baharu, Proton Saga mengguna enjin 1.3 liter empat silinder 16-injap DOHC VVT yang terbukti dengan kuasa maksima 95 PS pada 5,750 rpm dan tork 120 Nm pada 4,000 rpm dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau transmisi automatic 4-kelajuan. Ia juga menawarkan ciri yang dinaik taraf dari segi dalaman dan luaran serta penjimatan bahan api yang dipertingkatkan dengan bantuan ciri seperti penunjuk ECO Drive Assist.‘Proton Saga telah menjadi kenderaan pilihan ramai rakyat Malaysia dan pembeli di luar negara selama hampir empat dekad, dan kami berbangga untuk meneruskan legasinya dengan Proton Saga 2022. Dengan adanya kemaskini terbaru ini, ia memperluaskan lagi warisan model terlaris PROTON untuk pemandu dari semua peringkat umur dan latar belakang, dan dengan lebih dari 1.9 juta unit terjual pada lebih dari 28 pasaran di seluruh dunia, kami yakin nama Saga akan terus berkembang maju untuk tahun-tahun akan datang,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.
Gaya Supreme meningkatkan lagi tahap bagi sedan segmen-AProton Saga 2022 menawarkan gaya supreme dengan peningkatan ketara yang meningkatkan tahap dalam kelasnya yang pasti menarik minat pembeli kereta kali pertama yang lebih muda dan juga bagi mereka yang mencari sedan segmen-A. Bagi menambah kesegaran pada reka bentuk Saga, ia dilengkapi dengan skirt depan
dan sisi baharu yang menawarkan rasa sporty yang diserasikan dengan roda aloi 15-inci baharu dan lampu siang LED. Pada bahagian dalaman, varian Premium S baharu menampilkan skema warna gelap yang sporty, tempat duduk separa kulit yang direka bentuk semula untuk sentuhan keanggunan, dan tikar permaidani tepi merah yang baharu. Stereng pula boleh dilaraskan sudut kecenderongan dan dibaluti dengan kulit untuk keselesaan, serta kemasan merah pada suis stereng. Ini ditambah dengan sentuhan warna merah pada gelang gabungan meter dan saluran udara manakala sentuhan terakhir pula pada suis kawalan iklim yang direka bentuk semula dan dipasangkan dengan Penapis Kabin N95 untuk menapis zarah asap, habuk, bakteria dan bahan pencemar.
Penjimatan Pintar tersedia untuk membantu anda ke hadapan Tersedia dengan ciri kemudahan dan praktikal, Proton Saga 2022 memberikan lebih nilai kepada pemandu. Penambahbaikan kemudahan baru bermula sebelum anda masuk ke dalam kereta dengan pintu dan cermin sisi pintar di mana ia terbuka secara automatik apabila kunci kereta dibuka. Butang tekan mula baharu memudahkan
untuk menghidupkan enjin manakala ruang but pula dapat dibuka dengan mudah menggunakan alat kawalan. Dengan adanya ruang sebesar 420-liter, kapasiti but mencukupi untuk bagasi yang besar, dan mampu dibesarkan lagi dengan menggunakan fungsi lipatan tempat duduk.
Perubahan lain meningkatkan lagi pengalaman pemanduan. Unit kepala skrin sentuh 7-inci mempunyai perisian operasi terkini dan Bluetooth 4.2 untuk sambungan wireless yang lebih baik. Ia juga boleh dipadankan dengan Android dan juga telefon pintar iOS, agar pemandu dapat mengakses aplikasi kegemaran mereka semasa pemanduan. Suis pada stereng membolehkan akses mudah untuk menukar tetapan audio dan menjawab panggilan semasa pemanduan manakala tiga port USB yang berdekatan juga memudahkan pengecasan peranti elektronik. Akhirnya, peringatan mesra akan muncul pada monitor sebaik sahaja enjin dimatikan, meminta pemilik menyemak sekiranya pemandu sudah mengambil semua barangan dan tidak meninggalkan anak mereka.
Kestabilan Hebat bagi memastikan keselamatan dan ketenangan minda Proton Saga 2022 menawarkan kelengkapan ciri keselamatan dan memberikan ketenangan minda kepada pemandu. Sebagai permulaan, 2 beg udara SRS adalah standard bagi semua varian serta Brek-Anti-Kunci (ABS),
Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Kesemua varian transmisi automatik turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS) untuk membantu mengekalkan kawalan dalam keadaan jalan yang licin, manakala ciri Hill Hold Assist (HHA) membolehkan pemandu bergerak dengan yakin tanpa khuatir tergelincir ke belakang semasa berada di atas cerun. Akhir sekali, kamera undur yang dipasangkan dengan penderia tempat letak kereta hadapan dan belakang memudahkan untuk melakukan gerakan meletak kenderaan di ruang yang sempit. Proton Saga 2022 kini dibuka untuk tempahan atas talian dan di bilik pameran PROTON yang sah. Ia boleh didapati dalam lima warna – Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon and Ruby Red.
Harga atas jalan untuk Proton Saga 2022 tanpa insuran adalah seperti berikut:
Varian Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak
Proton Saga 1.3L Standard MT RM34,400 RM36,400
Proton Saga 1.3L Standard AT RM38,300 RM40,300
Proton Saga 1.3L Premium AT RM41,300 RM43,300
Proton Saga 1.3L Premium S AT RM44,300 RM46,300
*Sah sehingga 30 Jun 2022 dengan pengecualian Cukai Jualan