Selepas pelancaran Exora 10 tahun yang lalu kini Exora 2019 kembali dengan Slogan Intelligence That Moves. Exora 2019 kini telah melalui penambaikan dari segi rekaan dan komponen dalaman dan juga dilengkapi dengan ciri sistem pintar yang pertama di dalam kelasnya.
Kejayaan sistem ini yang ada pada Proton X70 kemudian beralih kepada model Iriz dan juga Persona kini giliran Exora pula dilengkapi sistem infortaiment pintar ini. Sistem yang boleh didapati pada model premium 1.6T terdapat kad eSim terbina yang membolehkan kita melayari internet dengan mudah. Bukan itu sahaja, sistem ini juga boleh disambungkan kepada telefon pintar dengan sistem pencerminan untuk peranti android.
Hi Proton, telah dilengkapi pada hampir semua model terkini Proton sebagai permulaan penggunaan pelbagai fungsi melalui arahan suara yang membolehkan pemandu menumpukan perhatian pada pemanduan sepenuhnya. Untuk memastikan perisian nya tidak ketinggalan, kemas kini over the air (OTA) akan ditawarkan secara berkala jika ada aplikasi baharu diperkenalkan.
Selain itu ruang dalaman Exora 2019 juga telah dipadankan dengan rekaan upholsteri yang baharu bagi menampakkan ciri kemewahannya dan menambahkan keselesaan ketika dalam perjalanan yang jauh. Papan meter baharu juga menyediakan paparan informasi bagi memberi infomasi yang pantas kepada pemandu. Selain itu cermin pandang belakang tanpa bingkai membolehkan pemandu melihat belakang dengan lebih luas dan jelas.
Dari segi luaran pula tidak banyak mengalami perubahan. Antenna sirip ikan dan juga padanan warna Rosewood Maroon baharu dengan bumbung berwarna hitam menampakkan ianya lebih sporty.
Exora 2019 merupakan satu satunya MPV yang menggunakan enjin 1.6 Turbo 140 ps pada 5000 rpm 203 nm tork dari 2000 hingga 4000 rpm menjadikan ianya mpv yang mampu memberi tindak balas yang pantas mengikut kesesuaian pemandunya. Selain itu kawalan kestabilan elektronik ESC, brek cakera anti kunci ABS, agihan brek elektronik EBD, tali pinggang hadapan dengan fungsi pengetat, ditambah pula dengan sensor tempat letak kereta dan juga kamera undur menjadikan exora salah satu MPV yang menekankan aspek keselamatan penggunanya.
Exora 2019 ini beharga RM59,800.00 bagi model Executive dan RM66,800.00 bagi model premium beserta dengan beberapa tawaran yang susah untuk kita lepaskan, antaranya khidmat caj pekerja percuma sebanyak 3 kali, road tax percuma, internet data percuma 1gb sebulan selama 5 tahun dan banyak lagi. Apa lagi tunggu jom kita ke pusat jualan proton berdekatan untuk maklumat lebih lanjut.