Sepang, Mac 2021 – PERKESO serta rakan kongsi Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan yang juga dikenali sebagai (MMRA) Malaysia Motorcycle Racer Associate dan GIVI sebagai rakan penaja telah mengambil inisiatif untuk mengundang bekas pelumba dari seluruh negara untuk program Latihan untuk Jurulatih (ToT) bagi membuka peluang pendapatan tambahan kepada mereka disamping dapat menekankan pentingnya keselamatan jalan raya kepada pengguna jalanraya lain. Fenomena Pandemik Covid 19 yang telah mempengaruhi kehidupan bekas – bekas pelumba ini kerana ramai yang bergantung sepenuhnya kepada industri perlumbaan sebagai sumber pendapatan utama mereka.
Dengan bantuan PERKESO, latihan TOT selama 3 hari yang bermula dari 16-18 Mac, Selasa hingga Khamis bertempat di Litar Antarabangsa Sepang dan melibatkan seramai 20 orang peserta.
Encik Wazi Abdul Hamid, lajenda sukan lumba motorsikal negara yang turut dikenali sebagai ‘The Kapcai King’ dan mempunyai pengalaman latihan motosikal serta turut terlibat didalam kempen keselamatan jalanraya selama 20 tahun di Malaysia. Beliau menjalankan Program TOT ini bersama tenaga – tenaga pakar yang diundang khas dari pihak PDRM, JPJ, Perkeso, Kawasaki, Modenas, Uitm dan Hospital Kuala Lumpur selama tiga hari.
“Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk melahirkan jurulatih motosikal terlatih dan berkaliber selain mempromosikan keselamatan jalan raya kepada masyarakat bersama Perkeso sebagai rakan kongsi utama dan penaja dibawah program CSR.”
“Selain itu, program ini juga diharapkan dapat menjaga kebajikan bekas-bekas pelumba bagi meneruskan kelangsungan hidup. Pengetahuan dan pengalaman mereka sepatutnya boleh diterjemahkan untuk membantu kerajaan didalam program keselamatan jalanraya secara lebih efektif ” katanya.
Antara pelumba yang telah mengesahkan penglibatan mereka adalah Shahrol Yuzy Ahmad Zaini pelumba moto 250cc dunia, Shahrun Nizam Mohd Tamin juara 250cc Asia, Azlan Shah Kamaruzaman pelumba Moto2 dunia dan ramai lagi bintang sukan motosikal negara akan terlibat sama.