Dunia ini semakin lama semakin canggih dimana kerja secara manual digitalisasikan menjadi automatik seiring dengan arus permodenisasi. Perniagaan sewaan di Malaysia semakin lama semakin berkembang. Antara jenis perniagaan sewaan yang terkenal di Malaysia adalah kereta sewa, motosikal sewa, kamera sewa, baju sewa dan banyak lagi. Namun, kebanyakan perniagaan ini masih menggunakan sistem manual yang rumit, sedikit sebanyak akan memperlahankan operasi harian perniagaan yang rumit, sedikit sebanyak akan memperlahankan operasi harian perniagaan.
Pada abad ke 21 ini, tempahan kereta sewa di Malaysia masih menggunakan tempahan secara manual dimana pelanggan perlu menghubungi perniagaan sewaan sekiranya mereka ingin menyewa kereta. Kaedah yang paling biasa didengari adalah menerusi aplikasi ‘Whatsapp’. Perniagaan sewaan perlu memegang telefon sepanjang masa untuk mengelakkan mereka daripada terlepas tempahan tersebut. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat memberikan fokus untuk membuat kerja lain dan secara tidak langsung, akan menyumbang kepada pembaziran masa.
Setelah tempahan dibuat melalui aplikasi ‘Whatsapp’, tempahan itu akan direkod di dalam buku ataupun Microsoft Excel. Kebarangkalian untuk tempahan bertindih atau rekod tempahan terpadam adalah sangat tinggi. “Setelah kami menemu ramah beberapa perniagaan sewaan di Malaysia, 7 daripada 10 antara mereka mengalami kes tempahan bertindih. Hal ini mendatangkan kerugian dan menghilangkan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan tersebut”, kata Huzaifah, pengasas Pinjam.co Dengan kaedah manual, pembayaran untuk tempahan tersebut akan dibuat secara tunai ataupun perbankan atas talian seperti Maybank2u, CIMBClicks, BankIslamGo dan lain-lain. Perniagaan perlu memberi maklumat bank setiap kali pelanggan ingin membuat pembayaran. Sekali lagi, kaedah ini sangat tidak efektif dan membazir masa.
Kebanyakan pelanggan masa kini lebih cenderung untuk mencari kereta atau produk lain untuk disewa di laman sesawang ‘Google’. Namun, perniagaan sewaan tiada laman digital dan oleh itu, pelanggan tidak menemui dan tidak menyewa di perniagaan sewaan tersebut. Hal ini membawa kerugian yang besar kepada perniagaan tersebut. Pinjam.co ingin membantu perniagaan sewaan ini beroperasi secara digital dan lebih berkembang di Malaysia.
Sistem Tempahan Atas Talian
Sistem Tempahan Atas Talian memudahkan pihak perniagaan sewaan dan juga pihak pelanggan. Sistem ini adalah sistem di mana sekiranya pelanggan telah membuat tempahan pada tarikh tertentu, sistem Pinjam.co akan menyekat pelanggan lain untuk membuat tempahan pada hari yang sama. Sistem ini sudah terkenal dan biasa digunakan di negara-negara lain. Namun di Malaysia, hanya segelintir perniagaan sewaan sahaja yang menggunakan sistem ini. Huzaifah berkata “Saya ingin menaikkan industri sewaan di Malaysia juga menjadi setaraf dengan industri sewaan di negara-negara lain. Secara tak langsung, perniagaan sewaan juga akan berkembang”.
Sistem Tempahan atas Talian
Perniagaan Sewaan Mampu Memiliki Laman Digital Secara Percuma
Pinjam.co menyediakan laman digital untuk setiap perniagaan sewaan yang menggunakannya. Setiap perniagaan akan memiliki laman digital mereka yang tersendiri dimana semua produk yang disenaraikan oleh perniagaan akan terpapar bersertakan gambar, penerangan dan harga mengenai produk tersebut. Laman digital ini juga akan terpapar di laman sesawang ‘Google’ sekaligus memudahkan pelanggan untuk menemui laman digital perniagaan tersebut. Pelanggan boleh menyewa dengan lebih mudah seperti mereka membeli di ‘Lazada’ atau ‘Shopee’. Di laman digital itu juga mempunyai sistem ‘Add to Cart’, ‘Checkout’, dan ‘Payment gateway’ untuk memudahkan pelanggan membayar tempahan mereka secara atas talian.
Laman Digital untuk Perniagaan Sewaan
Menguruskan perniagaan sewaan melalui aplikasi telefon pintar
Perniagaan sewaan mampu menguruskan bisnes mereka di hujung jari sahaja dimana sahaja mereka berada. Aplikasi ‘Pinjam for Business’ boleh didapati secara percuma di Google Play Store untuk sistem Android ataupun App Store untuk sistem iOS. Semua maklumat mengenai perniagaan, maklumat tempahan serta senarai produk boleh didapati di aplikasi Pinjam. “Kami mencipta aplikasi Pinjam ini untuk memudahkan perniagaan sewaan mengendalikan perniagaan mereka di mana-mana sahaja. Mereka tidak perlu membawa komputer riba sekiranya mereka pergi bercuti”, kata Huzaifah
Aplikasi ‘Pinjam for Business’
Sistem Pembayaran Yang Lebih Selamat
Segala tempahan boleh dibayar secara atas talian sahaja terus daripada laman digital perniagaan sewaan tersebut. Perniagaan tidak lagi perlu memberi maklumat bank apabila pelanggan ingin membayar tempahan sewaan tersebut. Pinjam.co juga mempunyai sistem ‘In-Store’ untuk pembayaran tunai sekiranya pelanggan ingin membayar secara tunai. Namun, ianya bergantung kepada perniagaan tersebut samada mereka menerima wang tunai ataupun tidak.
Tempahan sewaan menggunakan Sistem Deposit
Pinjam.co juga menyediakan sistem deposit untuk menjamin keselamatan barang-barang yang disewakan. Kadar deposit boleh ditetapkan, bergantung kepada keseuaian produk dan pengurusan perniagaan sewaan sendiri. Deposit tersebut akan dibayar oleh pelanggan bersama dengan harga sewaan barang yang disewa. Setelah mereka memulangkan produk yang disewa kepada perniagaan dengan selamat, deposit itu akan dikembalikan kepada pelanggan. Digitalisasikan perniagaan sewaan dengan Pinjam.co. Mana-mana perniagaan yang berminat untuk menggunakan Pinjam.co boleh melayari laman sesawang mereka di https://www.pinjam.co .