Bersempena pengumuman yang telah dibuat oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia melalui kenyataan media pada 7 Januari 2022 berkenaan.
“Pelaksanaan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia”, MASAAM dan ahli-ahlinya ingin menyampaikan kata-kata penghargaan kepada pihak Kerajaan Malaysia di atas usaha mereka menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Antara inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia adalah BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA yang bernilai sehingga RM1,000 kepada WARGANEGARA YANG LAYAK bagi membaikpulih kenderaan yang rosak akibat banjir yang di antaranya adalah kenderaan motosikal. Bagi memanfaatkan baucar diskaun tersebut, pemilik.kenderaan boleh berhubung terus dengan “PUSAT SERVIS ATAU PENGEDAR” yang SAH yang mengikuti program ini tertakluk kepada termaterma.
Berikut adalah maklumat syarikat automotif (bagi motosikal & skuter) yang terlibat dalam program tersebut:
Syarikat Laman Sesawang
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd https://www.yamaha-motor.com.my
Boon Siew Honda Sdn Bhd https://boonsiewhonda.com.my/
Motosikal Dan Enjin Nasional
Sdn. Bhd. (MODENAS) https://www.modenas.my/
Mofaz Motorsikal Sdn Bhd https://mofaz.com/mofaz-motosikal/
KMSB Motors Sdn Bhd.
(Suzuki) https://www.suzuki.com.my
Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia adalah sehingga 31 Mac 2022 dan pemilik kenderaan dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Kami berharap dengan pemberian insiatif ini dapat memberikan sedikit sebanyak kelegaan buat semua rakyat Malaysia yang terkesan akibat bencana banjir ini.