Perodua menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000, tawaran eksklusif di Malaysia Autoshow 2019

Kuala Lumpur, 4hb Apr: Perodua menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 secara keseluruhan serta tawaran eksklusif kepada mereka yang mengunjungi Malaysia Autoshow 2019, yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 11hb-14hb April.

Anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Malaysia Autoshow 2019 mempamerkan tawaran daripada pelbagai jenama automotif di negara ini.

Pengunjung yang menempah Myvi, Axia, Bezza atau Alza di acara tersebut boleh menikmati rebat khas sebanyak RM500, peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000 sepanjang empat hari atau pelbagai peranti elektronik, serta promosi ‘3 Hassle Free Bonus’, semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka.

Promosi ‘3 Hassle Free Bonus’ merangkumi Perlindungan Aset Dijamin selama tiga tahun dan Perlindungan Kemalangan Peribadi selama tiga tahun semasa pembaharuan insurans dan/atau servis, serta baucar RM300 yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

“Dengan tawaran menarik untuk produk dan perkhidmatan Perodua yang hanya boleh didapati di Malaysia Autoshow 2019, inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

Pakej pelincir terpilih boleh didapati pada diskaun sehingga 15% dan aksesori terpilih sehingga 10%. Koleksi GearUp yang penuh bergaya turut ditawarkan pada diskaun 10%.

Pengunjung yang membelanjakan RM150 dan lebih untuk pembelian barangan selepas-jualan boleh membawa pulang tumbler Perodua, manakala mereka yang membelanjakan RM150 dan lebih untuk membeli e-baucar akan mendapat payung Perodua, sementara stok masih ada untuk kedua-dua hadiah.

Selain itu, pengunjung yang membeli atau menempah bodykit atau pakej GearUp akan mendapat e-baucar semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka yang ditempah di acara ini, bernilai RM150 untuk Myvi dan Alza, RM200 untuk Axia dan RM300 untuk Bezza. E-baucar ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

Kenderaan konsep Perodua dari Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18), iaitu X-Concept dan Myvi GT, akan turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2019.

“Kami juga akan membawa ke sana Kenderaan Pra-Milik Sah Perodua bagi mereka yang mahukan ketenangan minda menyeluruh semasa membeli kenderaan terpakai Perodua. Pengunjung juga boleh mengalami teknologi Advanced Safety Assist (ASA) yang terdapat pada Myvi dan Aruz, untuk memahami dan menghargai bagaimana ia berfungsi untuk mengelakkan pelanggaran dan situasi yang tidak diingini.

“Perodua menjanjikan hari yang menyeronokkan untuk anda, keluarga dan rakan-rakan anda di Malaysia Autoshow. Kunjungi kami di Dewan A, MAEPS dari 11hb-14hb April untuk tawaran terbaik Perodua pada bulan ini,” kata Dato’ Dr Zahari.

GALERI