Seiring dengan majlis perlancaran kempen Race4Cover 3.0 yang telah bermula dari Fabruari hingga Disember tahun ini, satu usaha oleh pihak Persatuan Takaful Malaysia untuk meyebarkan kesedaran pada rakyat Malaysia khasnya mengenai produk Takaful. Sempena majlis ini juga majlis perlepasan konvoi sebanyak 30 biji motosikal telah diadakan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC). Ini adalah acara yang menandakan bermulanya kempen di mana konvoi perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan dan Melaka.
Di majlis itu juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif MTA Mohd Radzuan Mohamed berkata di sepanjang tempoh kempen ini bermula, kesemua pengendali Takaful akan memperomosikan produk Takaful mereka yang terbaik dengan menyampaikan segala maklumat penting dan kebaikan produk Takaful kepada seluruh rakyat malaysia. ” Kempen ini juga menyasarkan untuk meningkatkan kadar penembusan Takaful Keluarga dan Takaful Am serta mengurangkan jurang perlindungan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkaian produk Takaful yang akan diperomosikan daripada kempen ini, telah disediakan khusus untuk menyediakan perlindungan kepada kumpulan B40 di negara Malaysia ini dimana negara ketika ini berusaha ke arah perlindungan inklusif untk semua. MTA juga menerusi kempen itu mengalakkan syarikat ahlinya untuk membangunkan lebh banyak produk Takaful Mikro, dalam talian dan juga penyakit kritkal di pasaran.
Antara syarikat ahli Takaful yang terlibat adalah Prudential BSN Takaful, Takaful Malaysia, Sun Life Takaful, Great Eastern Takaful, Hong Leong MSIG Takaful, AIA Public Takaful, Etiqa Takaful, FWD Takaful, Takaful Ikhlas, Zurich Takaful, AmMetLife Takaful.
Perjalanan konvoi sempena kempen ini juga telah singgah ke Pusat Pengajian AL-QURAN AL HAFIDZ di Port Dickson untuk menyerahkan sumbangan dari pihak Takaful.