Secara Rasmi Projek Kilang Pemasangan Proton di Pakistan Bermula.
Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Pakistan, Tuan yang Terutama Encik Imran Khan menandatangani Plak dalam satu acara merasmikan projek kilang pemasangan CKD Proton di Pakistan.
Al Haj Automotive selaku pemilik dan pengedar rasmi kenderaan Proton di Pakistan dijangka akan memulakan operasinya sebelum akhir tahun 2020.
Pada tahun 29 Ogos 2018 satu perjanjian persefahaman antara Proton dan Al Haj Automotive bagi menubuhkan Proton di Pakistan. Secara tidk langsung dapat mengurangkan cukai bagi Proton yang di pasang di negara ini.
Proton amat berbesar hati dengan hubungan strategik bersama AlHaj Automotive yang telah menunjukkan kesungguhan semenjak perjanjian tersebut. Al Haj Automotive juga akan melabur sebanyak USD 3 juta untuk kilang pemasangan CKD baharu. Sebanyak 2,000 peluang pekerjaan secara langsung dalam tiga tahun pertama operasinya dan hampir 20,000 pekerjaan tidak langsung akan wujud selepas kilang itu siap kelak.
Al Haj Automotive selaku pengedar rasmi Proton akan memanfaatkan cawangan pengedar sedia ada diseluruh negara untuk mula menjual kereta Proton secepat mungkin untuk model CBU di pusat 3S dan 4S yang juga sedang dibina sebelum produk CKD sebaik kilang pemasangan baharu itu siap kelak.