PELANCARAN YAMAHA Y16ZR TERBARU !! NAK PANGGIL APA KALAU BUKAN YSUKU.?

Litar Antarabangsa Sepang, Khamis, 18 Mac – Hong Leong Yamaha Motor hari ini telah melancarkan Yamaha Y16ZR berprestasi tinggi serba baharu yang dinanti-nantikan, antara motosikal 155cc paling berkuasa dalam kelasnya.”Yamaha Y16ZR serba baharu ini dilengkapi dengan ciri khas terbaharu dan sesuai dengan DNA Yamaha yang sinonim dengan Prestasi, Gaya dan Inovasi,” kata Dato’ Jim Khor, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad pada pelancaran tersebut. “Kami berbangga dengan kemampuan kami untuk terus memenuhi permintaan pelanggan kami dan yakin Y16ZR dapat melakukannya. Ia berbeza dalam semua aspek bermula dengan pemacu baharu serta reka bentuk dan komponen mekanikalnya,” tambahnya.Sesi uji tunggang eksklusif bagi media untuk memperkenalkan model serba baharu ini telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 18 Mac 2021.

Prestasi, keselesaan dan pengendalian yang jitu.

Direka bagi tunggangan menyeronokkan di dalam bandar, Y16ZR menampilkan enjin 4-lejang dengan 4-injap, SOHC 155cc sejukan cecair yang baharu dan berkuasa dengan Variable Valve Actuation (VVA). Enjin ini dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan baharu yang dpadankan dengan pemetaan pencucuhan berbeza bagi setiap gear dan mampu menghasilkan 17.7 hp @ 9.500 rpm dan tork tertinggi 14.4 Nm @ 8.000 rpm.Seperti kebanyakan model terbaharu Yamaha, Y16ZR juga dilengkapi dengan sistem Assist & Slipper Clutch yang membantu mengurangkan beban klac serta memberi kemudahan terutamanya semasa menukar kepada gear rendah. Untuk perjalanan yang lebih selesa, Clutch Lever Handle direka 10mm lebih pendek daripada Yamaha Y15ZR, memberikan anda cengkaman yang lebih mudah ketika menukar gear.Dari segi pengendalian, Y16ZR hadir dengan frame baharu yang lebih kukuh tetapi ringan, menampilkan kolar tetulang berbentuk Y baharu dan mounting enjin yang lebih tebal sebanyak 4.5mm untuk memastikan perjalanan anda lebih mantap dan dioptimumkan untuk mengambil selekoh yang lebih baik terutama pada kelajuan tinggi. Sistem brek nya lebih meyakinkan dengan angkup 2-pot baharu, memberikan daya henti yang anda perlukan dengan padanan cakera hadapan 245mm.Digandingkan dengan enjin yang menjimatkan bahan api, tangki bahan bakar 5.4 liter Y16ZR baharu akan memberi anda perjalanan lebih jauh yang mampu mencapai jarak maksimum 256km, bergantung kepada gaya tunggangan anda sementara keselesaan menunggang diperoleh dengan tempat duduk rekaan baharu dengan tempat duduk anti-gelongsor berperingkat yang ergonomik mengikut kontur kedudukan menunggang.

Peneraju Gaya dan Inovasi dalam Reka Bentuk.

Tanggapan pertama adalah penting dan Yamaha Y16ZR mendahului dengan gaya dan inovasi. Lampu hadapan LED pancaran tinggi dan rendah yang diilhamkan daripada perlumbaan memberikan penampilan hadapan sporty dimana lampu pancaran rendah hadapan diletakkan di hendal sementara lampu pancaran tinggi di bahagian hadapan bawah badan. Lampu belakang baharu lebih bergaya, lebih “sempit”, lebih panjang dan dilengkapi unit LED bergaya, DNA “R” yang bersatu sempurna dengan kontur badan.Semasa anda bersiap untuk perjalanan, anda akan disambut oleh panel digital LCD paparan negatif pelbagai fungsi yang padat menampilkan meter kelajuan, tachometer, penunjuk gear, penunjuk VVA, dan lain-lain yang memberikan kontras visual yang padan untuk pandangan bacaan optimum. Enjinnya dapat dihidupkan hanya dengan sentuhan tombol yang mudah tanpa perlu memasukkan kunci. Ini adalah sistem kunci pintar kelas pertama yang juga mempunyai fungsi panggilan balik untuk menentukan kedudukan motosikal. Ia juga dilengkapi dengan immobilizer sebagai ciri mencegah kecurian sementara suis cut-off enjin pantas disediakan di panel suis utama untuk penggunaan semasa kecemasan. Memenuhi gaya hidup mudah alih kebanyakan rakyat Malaysia, soket DC 12V dengan kapasiti maksimum 1.0A juga disediakan bagi kemudahan mengecas peranti pintar anda.”Dengan banyak ciri khas canggih yang tersedia pada model ini, saya yakin Y16ZR serba baharu berpotensi menjadi model yang sangat disukai oleh rakyat Malaysia hingga untuk tahun-tahun mendatang,” kata Dato’ Jim Khor.

Berita baik untuk 5,000 pembeli pertama Y16ZR!

Kantung kunci Royal Selangor Y16ZR yang direka secara eksklusif diberikan percuma bagi setiap pembelian. Pemilik yang bertuah boleh meletakkan nama atau nombor pendaftaran motosikal diukir pada kantung kunci mereka secara percuma apabila datang ke mana-mana kedai Royal Selangor yang berdekatan! Yamaha Y16ZR serba baharu boleh didapati dalam 3 warna menarik iaitu Phantom Grey, Arrow Blue serta Raging Yellow dan berharga RM10,888.00 tidak termasuk kos insurans & pendaftaran. Y16ZR akan dipamerkan di semua kedai pengedar Yamaha yang sah di seluruh negara mulai 31 Mac 2021.

#hongleongyamahamotors #yamahay16zr #cub #underbone #enjindotcom #revsyourheart