Carrera Cup Asia 2023
Diwakili oleh Sime Darby Auto Performance, Porsche Malaysia telah memperkenalkan Pasukan
Sime Darby Racing, yang akan dijadualkan membuat kemunculan pertamanya di Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023, dengan kerjasama Earl Bamber Motorsport (EBM) dan pelumba muda Malaysiaiaitu saudara Nazim Azman yang akan memandu jentera pasukan itu. Pasukan Malaysia bakal berlumba menggunakan kereta 911 GT3 Cup yang dihiasi dengan corak batik kebanggaan negara , dan akan bersaing dalam kategori PCCA PRO.
Musim Porsche Carrera Cup Asia ke-20 yang bakal merentasi benua itu sekali lagi pada 2023, selepas dua musim perlumbaannya tertumpu di China. Malaysia, kini Malaysia telah diberi penghormatan untuk membuka tirai perlumbaan 2023, yang seterusnya akan bersambung di negara Korea, Jepun, Thailand, Singapura dan sebelum ia berakhir kembali di pangkalan Porsche Motorsport Asia Pasifik di Shanghai, China. Siri one-make ini telah menetapkan standard teknikal yang sama untuk semua pasukan, dan kereta GT3 Cup generasi ke tujuh ini telah dibina diasaskan kepada model 992-generation 911 yang membawakan lebih downforce dan teknologi berbanding sebelum ini untuk prestasi yang lebih baik.
Bersama-sama dengan Earl Bamber Motorsport (EBM), Porsche Malaysia membawakan rakan teknikal
yang sangat berpengalaman untuk Pasukan Sime Darby Racing. Pasukan itu dibangunkan oleh juara PCCA sebanyak dua kali, pemandu Porsche Works yang berkaliber dan juara 24 Hours of Le Mans sebanyak dua kali, Earl Bamber yang terkenal dalam dunia sukan pemotoran. EBM berkongsi wawasan yang sama untuk memupuk generasi pelumba akan datang, ia akan memberikan sokongan teknikal kepada Pasukan Sime Darby Racing di sepanjang musim PCCA 2023, mempertajamkan lagi prestasi untuk mana-mana litar.
Dengan kerjasama EBM dan Porsche Malaysia, bekas pelumba FIA Formula 3, Nazim akan mewakili
Pasukan Sime Darby Racing di PCCA 2023. Kerjasama strategik antara EBM dan Porsche Malaysia ini
bakal membantu meletakkan pelumba muda tempatan ini ditengah-tengah persada dunia Porsche
Motorsport. Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata, “Penyertaan kami dalam Porsche Carrera Cup Asia tahun ini menggariskan komitmen kami terhadap DNA sukan pemotoran Porsche sejak sekian lama. Porsche Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan program pemanduan trek pelanggan, dan kami mempunyai sejarah yang panjang dengan Earl Bamber di atas trek. Kami yakin dengan prestasi kami untuk musim yang akan datang ini terutama sekali dengan adanya kerjasama mantap daripada Earl Bamber Motorsport dan Nazim.”
“Kami juga berbesar hati kerana dapat terus menyokong bakat teknikal muda tempatan dengan
pemindahan ilmu menerusi kerjasama Porsche Motorsport Asia Pacific bagi meningkatkan lagi kepakaran teknikal mereka dalam sukan pemotoran,” tambah Hunter. Pengarah Urusan Porsche Motorsport Asia Pasifik, Alexandre Gibot berkata, “Kami gembira kerana dapat membawakan pelumba Porcshe yang bersemangat dari segenap rantau untuk bersama-sama dalam Porsche Carrera Cup Asian musim baharu ini. Kami juga sangat teruja kerana dapat melihat pasukan
lumba Malaysia yang diwakili oleh Porsche Malaysia turut serta dalam perlumbaan musim ini. Kami
berbesar hati kerana Nazim Azman menjadi sebahagian daripada program pembangunan PCCA Talent Pool, dan kami tidak sabar untuk melihat beliau berlatih bersama-sama juara perlumbaan Porsche tatkal dia memulakan perjalanan perlumbaannya.”
Pelumba pasukan ini saudara Nazim Azman, yang akan mewakili Pasukan Sime Darby Racing berkata, “Saya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Porsche Malaysia dan Earl Bamber Motorsport untuk mewakili Pasukan Sime Darby Racing di Porsche Carrera Cup Asia 2023. Memandangkan ini adalah kali pertama saya berlumba menggunakan kereta GT semusim penuh, saya percaya bahawa peluang ini akan meluaskan lagi pengalaman dan pengetahuan saya dalam perlumbaan GT. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan atas sokongan yang diberikan dan saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam perlumbaan akan datang.”
Kembali untuk jadual di Asia, tirai perlumbaan musim ini akan dibuka di Litar Antarabangsa Sepang untuk pusingan 1 dan 2 pada 28 hingga 30 April 2023. Siri ini kemudiannya akan menjelajah ke seluruh rantau Asia sebelum kembali ke Malaysia untuk pusingan 9 dan 10 pada 25 hingga 27 Ogos 2023, serta pusingan 3 Siri Kejohanan Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.