Nissan Serena 2018

Nissan Serena baru padat dengan pembaharuan yang lebih praktikal

Nissan Sarena 2018 kini tampil dengan wajah baru dan di tambah baik dengan beberapa sistem bagi memudahkan pemandu dan juga penumpang berbanding model sebelumnya yang dilancarkan pada tahun 2013.

Kalau kita tengok dari luaran, Nissan Sarena ini kita dapati rekabentuknya nampak elegan dan sporty. Model baru ini dilengkapi dengan Lampu LED projector berkembar bagi memberikan penglihatan lebih jelas ketika memandu disebelah malam. Ciri tambahan yang amat membantu pemiliknya adalah pintu belakang berkembar di mana terdapat 2 cara pembukaan. Samada membuka separuh iaitu cermin belakang sahaja atau buka penuh. Pintu tepinya pula sekarang di lengkapi dengan sistem handsfree power sliding door. Kita boleh menggunakan kaki untuk sensor di tepi bahagian bawah pintu. Kalau dukung anak tak perlu lagi nak minta tolong orang untuk buka pintu.

Bahagian dalaman pula juga mengalami beberapa perubahan baru di mana bahagian meter digitalnya dilengkapi dengan paparan pelbagai fungsi seperti monitor yang boleh membantu melihat di sekeliling kenderaan melalui 4 kamera. Rekabentuk stering baru dengan beberapa suis bagi memudahkan lagi pemandunya mengawal kenderaan ini ketika memandu. Terdapat 7 usb port untuk kemudahan pemandu dan penumpang. Tiada lagi masalah untuk caj handphone atau pun untuk kegunaan barangan elektrik lain.

Nissan Serena baru ini mempunyai 13 pelbagai cara susunan tempat duduknya. Wah macam macam cara bagi keselesaan atau pun ruang untuk membawa barang. Untuk kerusi barisan kedua dilengkapi dengan Isofix bagi memudahkan pemasangan kerusi kanak kanak.

Nissan Serena dilengkapi dengan enjin 2.0 liter CVTC Smart Hybrid beserta EEV bagi memberi penjimatan penggunaan bahan api dan juga membantu untuk memecut. Enjin ini boleh menjana kuasa maksimum 150ps/6,000rpm dengan tork maksimum 200nm /4400 rpm.

Apa lagi ciri keselamatan yang ada pada Nissan Serena baru ini? Ye Serena baru dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, pengesan pergerakan objek pintar (i-mod), pengesan keliling kenderaan melalui 4 kamera (i-avm), kawalan dinamik kenderaan (vdc), kawalan cengkaman (tcs), bantuan brek (ba), brek anti-kunci (abs), pengagihan sistem brek (ebd) dan bantuan mendaki (hsa).

Terdapat dua variant yang boleh dipilih iaitu Highway Star RM 135,700.00 dan Premium Highway Star RM147,700.00 dengan 5 tahun jaminan tanpa had pembatuan.

#nissanserena #nissanserena2018 #tanchongmotor #enjindotcom