Kuala Lumpur, 30 Oktober 2020 – myTukar Sdn Bhd, platform jual-beli kenderaan terpakai secara atas talian yang paling pesat membangun di dalam negara, yakin ia akan mengalami peningkatan pesat berikutan tiga buah lagi pembukaan cawangannya pada bulan Septembar baru-baru ini di Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh. Empat lagi cawangan baru disasarkan untuk pembukaan pada suku keempat tahun 2020, menjadikan 16 buah cawangan baharu myTukar untuk seluruh negara. Usaha pengembangan ini disokong oleh CARRO, platform berteknologi tinggi untuk pusat jualan automotif Asia Tenggara yang berpengkalan di Singapura pada September 2019.
Platform berteknologi inovatif yang mula beroperasi pada tahun 2018 ini sedang dalam strategi pengembangan perniagaan khusus untuk industri kenderaan melalui proses pembelian digital. Sehingga kini, rangkaian meluas sebanyak 2,000 pengedar MyTukar telah melakukan urusan jual-beli untuk lebih dari 23,000 buah kenderaan dengan nilai anggaran sebanyak RM750 juta.
Empat lagi cawangan baharu bakal dibuka pada suku keempat tahun ini termasuklah cawangan kedua di Johor Bahru dengan keluasan 29,000 kaki persegi. Ia juga adalah hab myTukar untuk Logistik Bahagian Selatan dan hab utama untuk pemeriksaan kereta. Cawangan-cawangan lain terletak di bandar-bandar kedua sekitar Semenanjung Malaysia, iaitu di Kuantan, Batu Pahat dan Seremban. Cawangan-cawangan sedia ada myTukar terletak di Glenmarie Puchong (Hab Logistic Bahagian Tengah dan cawangan kedua Puchong), Selayang, USJ (Hab Logistic Kawasan Tengah dengan ruang 40,000 kaki persegi) Cheras, Klang, Kajang dan Johor Bahru; termasuk tiga cawangan terbaharu di Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh. Setiap satu cawangan myTukar boleh menempatkan sehingga tiga buah kenderaan pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti WiFi percuma, hidangan ringan dan ruang menunggu yang selesa. Pemeriksa berkelayakan dan profesional juga ditempatkan di setiap cawangan untuk melakukan pemeriksaan 158 – poin yang komprehensif dan penilaian dalam jangka masa lebih kurang 30 minit. Apabila beroperasi sepenuhnya, 16 buah cawangan ini mampu menguruskan sehingga 300 unit kereta sehari.
CEO myTukar, Fong Hong Sum berkata “Pembukaan sejumlah cawangan baru myTukar merupakan satu titik penting untuk myTukar sejak beroperasi pada tahun 2018. Dorongan kami adalah misi untuk mendigital dan mentransformasikan cara tradisional penjualan kenderaan terpakai. Saya turut berbangga bahawa myTukar dibangunkan oleh individu-individu yang memang terbabit di dalam industri kenderaan terpakai, dan ia bertujuan untuk memperkuat dan membantu pengedar-pengedar kenderaan terpakai yang lain melalui platform teknologi.
Dengan pembukaan cawangan-cawangan baru dalam tahun 2020, kami komited untuk meluaskan lagi hubungan bersama para pelanggan dalam memberikan kepuasan penjualan kereta yang tiada tandingan. Lebih banyak cawangan sedang dalam perancangan meliputi lebih banyak bandar-bandar di Malaysia untuk tahun 2021. Strategi pengembangan di seluruh negara ini adalah selaras dan bersesuaian dengan strategi CARRO Group yang ingin terus meluaskan dan mendigitalkan perdagangan kereta di rantau Asia Tenggara. CARRO Group merupakan pusat jualan kenderaan terbesar di Asia Tenggara dan ketika ini ia sudah bertapak di Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Dengan 20 tahun pengalaman dalam industri kenderaan terpakai, Fong memang benar-benar mahu membawa perubahan positif, peningkatan teknologi dan prosedur yang telus terhadap industri ini. Pengetahuan mendalamnya tentang cara kerja di dalam industri juga berjaya menggabungkan lebih dari 2,000 wakil-wakil penjual untuk bekerjasama dengan myTukar dalam membantu keperluan mereka.
Inisiatif pengembangan pesat myTukar yang lain termasuklah projek kerjasama dan kolaborasi stategik bermula semenjak dua tahun lalu. Pada Jun 2020, Program Wakil Penjual Dinamik myTukar (myTukar Dynamic Dealership Programme) dilancarkan; sebuah skim pembiayaan kewangan inovatif dengan kolaborasi bersama CapBay. Skim RM300 juta ini membantu pengedar kenderaan terpakai di Malaysia untuk mengalami pengalaman pembelian dengan platform yang mudah dan bersepadu. Sebulan selepas itu, myTukar untuk pertama kalinya menjalinkan kolaborasi dengan SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center. Platform yang dipercayai dan telus ini memastikan para pelanggan SISMA Auto mendapat harga terbaik melalui proses digital sepenuhnya di mana mereka tidak perlu lagi berurusan dengan pihak ketiga. Kolaborasi terbaharu myTukar adalah platfrom integrasi bersama Sime Darby Auto Selection dalam pengurusan inventori tukar-beli kenderaan yang lebih cekap di samping bertukar pengetahuan dengan membawa masuk para pemeriksa daripada Sime Darby Auto Selection bagi memantapkan lagi khidmat tukar-beli kenderaan terpakai.
“Inisiatif-inisiatif utama yang dilancarkan semasa pandemik Covid-19 membolehkan perniagaan kembali pulih dan merancakkan peningkatan industri automotif di Malaysia. Sebagai platform perdagangan kenderaan terpakai yang pesat berkembang di Malaysia, myTukar terus komited dalam menyediakan pengalaman atas talian yang terbaik, memacu inovasi digital dan menawarkan sokongan kukuh terhadap ekosistem kereta terpakai,” tambah Fong.