myTukar Jalin Kerjasama Dengan SISMA Auto Untuk Merancakkan Lagi Jualan Kereta Terpakai Menggunakan Teknologi dan Rangkaian Pengedar yang Mantap

Kuala Lumpur, 29 Julai 2020 – myTukar, platform jualan kereta terpakai paling pantas berkembang di Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama yang pertama seumpamanya dengan SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center. Program pra-pemilikan SELEKT yang baru dilancarkan itu membolehkan pelanggan untuk membeli model terpakai Volvo yang sudah diperiksa dengan lebih mudah. SISMA Auto merupakan pusat kereta terpakai Volvo Selekt yang telah diperiksa pertama di Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan yang membeli sebuah kereta terpakai Volvo akan mendapat manfaat kerana boleh menukar kereta mereka di pusat berkenaan menggunakan teknologi sedia ada. Platform myTukar yang boleh dipercayai memastikan pelanggan SISMA Auto mendapat harga terbaik melalui satu proses digital sepenuhnya yang membolehkan pelanggan tidak memerlukan pihak ketiga.

Ketua Jualan dan Pembangunan Perniagaan myTukar Sdn. Bhd., Jeffrey Ong berkata, “Dalam era pasca Covid-19, pendigitalan dalam perniagaan dan memudahkan pengalaman pembelian pelanggan menjadi semakin penting. Kolaborasi dengan SISMA Auto SELEKT akan menggabungkan fungsi pembelian sebuah kereta baharu atau terpakai Volvo dan menjual kereta sedia ada pelanggan. Ini untuk memberikan pelanggan satu pengalaman yang mudah, selamat, telus dan pantas. Kami ingin membantu pelanggan SISMA Auto untuk mendapatkan kereta Volvo idaman mereka dengan lebih pantas, tanpa perlu bersusah-payah menjual kereta sedia ada pada harga jualan semula setinggi yang mungkin.

“Visi myTukar adalah untuk merancakkan kembali industri automotif Malaysia menerusi platform teknologi. Kami percaya bahawa kerjasama dengan pengedar sah utama seperti SISMA Auto akan dapat menyumbang kepada pembangunan industri auto secara keseluruhannya. Bukan itu sahaja, myTukar juga akan bekerjasama rapat dengan SISMA Auto dalam menjalankan kempen di bilik-bilik pameran dan siri jelajah,” kata Ong.

Pengurus Jualan SISMA Auto Sdn. Bhd., Gary Gladwin Pereira berkata, “Dengan program pra-pemilikan SELEKT yang pertama di Malaysia, kami komited dalam memastikan pengalaman semua pelanggan untuk memiliki sebuah kereta Volvo adalah lancar dan premium. Ini termasuklah memudahkan urusan pelanggan untuk menjual kereta mereka menerusi kerjasama dengan myTukar, sebuah platform jualan yang telus dan boleh dipercayai. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan myTukar dalam menawarkan pelanggan Volvo SELEKT pengalaman pembelian dan perkhidmatan yang berkualiti. Maklumat lanjut mengenai Program SISMA Auto SELEKT atau ingin melihat kereta Volvo idaman anda, sila kunjungi SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center di 21, Jln Perintis U1/52, Temasya Industrial Park, Shah Alam atau hubungi talian 603-55698311. Bagi pelanggan di Kuala Lumpur, sila kunjungi SISMA Auto Bukit Bintang atau hubungi talian 603-21665155

GALERI