MV Agusta Brutale 800

 

Pada peminat motosikal yang mementingkan jenama sebagai status sesuatu jentera itu, sememang menjadi impian untuk  memilikinya, maka tidak hairan lah jika pemilik berusaha untuk mendapatkan untuk merasa kepuasan dan teruja dengan jenama hebat ini.Di Malaysia sahaja kita disajikan dengan pelbagai jenama hebat, tidak kurangnya adalah MV Agusta.Admin diberi peluang untuk menguji sebuah MV Agusta Brutale, sebenarnya  di enjindot.com kita bukan lah  hendak menilai akan kehebatan atau taknikal sesuatu jentera itu.Kita lebih pada kepengunaan dan kesesuaian sebuah jentera itu, sambil menunggang dengan melawati tempat menarik atau tempat makan yang menarik yang sesuai dengan jentera yang dibawa.

Jadi dengan konsep perjalanan perlancongan dengan motosikal atau kenderaan lain amnya, admin telah cuba menilai akan kesuaian Brutale ini dalam perjalanan seharian di dalam kehidupan kita dibandar ini .Bila dilihat akan rekabentuk ia pun kita akan merasakan ia bukan biasa-biasa, nama pun brutale.
Terus terang posisi kedudukan penunggang serta handle agak agresif, seolah hendak menerkam ke hadapan.
Brutale adalah mesin tinggi dengan ketinggian tempat duduk  830 mm, jika anda tidak cukup tinggi didalam kedudukan berhenti ia akan terjenkit hujung kaki anda.
Apabila kita menghidupkan enjin bunyi dari ekzos 3 selari, agak garang, walaupun ia ekzos asal.Dengan dilengkapi sistem tukaran gear quickshifter, Brutale ini dengan segera dan pantas ke meluncur ke hadapan terlebih dahulu, meninggalkan yang lain di lampu isyarat, pertukaran gear tepat. Ini membuatkan bagi yang suka akan kepantasan dan jiwa kelajuan dan secara tiba bertukar ke jiwa dalam taman, ia amat sesuai.Perlu juga ingat Brutale ini adalah motosikal agresif, kita tidak boleh terlalu melulu memulas pendikit, terutama jika permukaan jalan tidak rata, seperti jalur  yang mengurang kelajuan yang banyak terdapat di selekoh dibandar dan tol dikebanyakkan bandar, ini membolehkan bahaya untuk motosikal yang agresif seperti Burtale ini.
Apa yang menarik ialah kuasa enjinnya yang memberi tindak balas yang cepat, bila perlu dan ia bukan boleh dilayan manja seolah pusing-pusing taman, ini jentera sebenar untuk jiwa inginkan kelajuan yang agresif.

Terdapat perubahan dalam enjin juga, dengan perkembangan terkini tiga silinder dengan crankshaft counter-rotating, untuk memenuhi piawaian pelepasan Euro 4, yang mampu menyampaikan output maksimum kuasa (81 kw) 110 hp pada 11,500 rpm. Tork maksimum, meningkat sebanyak 25% dengan 83 Nm pada 7,600 rpm, dengan 90% nilai sudah tersedia pada 3,800 rpm.
Sebagai tambahan kepada crankshaft counter-rotating, satu lagi ciri unik adalah, bahawa Brutale 800 baru adalah satu-satunya kategori dengan elektronik EAS 2.0 up & down shift gear. Clutch slipper kini dikendalikan secara hidraulik manakala enjin dikendalikan oleh sistem MVICS yang termasuk multi peta bersepadu Full Ride by Wire dalam kawalan cengkaman dengan 8 tetapan

Dari segi pengendalian, Brutale 800 ini mempunyai bingkai baru dengan jarak jauh yang diperluas hingga 1400 mm (+ 20mm), dan jejak yang kini 103.5 (95mm pada versi terdahulu). Bingkai tiub keluli ALS digabungkan dengan pengapit aloi aluminium ringan di bahagian belakang teras swingarm tunggal.
Penyerap Marzocchi mempunyai diameter 43 mm diameter aluminium dengan perjalanan 125 mm: yang 1 mm lebih daripada penyerap kejutan Sach, yang disambungkan ke swingarm tunggal. Sistem brek Brembo hadapan, dengan sepasang cakera terapung depan diameter 320 mm dan brek dengan empat piston, manakala di belakang sebuah calliper piston berkembar bertindak pada cakera 220 mm. Bosch ABS 9 Plus melengkapkan Brutale ini serta menjamin keselamatan dan prestasi di mana-mana permukaan jalan. Pirelli Diablo rosso III sememangnya membantu cengkaman tayar.

Jadi, pada RM87,331, termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran, MV Agusta Brutale 800 ini bukan mainan yang perlu dilayan dengan santai..ia sebuah jentera yang mahukan tunggangan agresif serta impak bila berada di mana-mana mata akan memandang kerana ia satu-satu MV Agusta BRUTALE…..