Antara segmen skuter paling lama nak masuk di pasaran Malaysia, yang minat ketika itu hanya mampu melihat sahaja dalam gambar majalah, tidak banyak model ini berada diatas jalanraya Malaysia ketika itu. Skuter ini sebenarnya sentiasa mempunyai ramai peminatnya tersendiri dari model pertama terdahulu lagi hingga yang terbaru Italjet Dragster 125 dan 200. Sedia maklum Italjet Dragster adalah sebuah skuter yang rekabentuk yang agresif dengan kelainan dan sangat bergaya hingga segala barangan yang terdapat di skuter ini premium, sebab itulah harga dia agak bergegar tulang rusuk. Apa pun disebabkan kelainan itu lah ianya sebuah skuter kayangan yang menarik untuk sesiapa mampu miliki.
Setelah admin menguji segala bentuk keadaan jalan dalam bandar dan luar bandar, dengan sistem hentakan suspensi hadapan yang berlainan dari motosikal dan skuter yang ada di pasaran, ianya benar-benar berfungsi, bukan sekadar hiasan malah untuk jalan lurus amat stabil. Untuk sebuah skuter admin puas hati akan prestasi Italjetdragster ini kecuali untuk125 Dragster dengan 9.2 hp pada 9,500 rpm dan 10.5 Nm tork lebih selesa jarak sederhana sesuai dalam bandar jaak sederhana dan Dragster 200, 181 cc DOHC, penyejuk cecair, enjin satu silinder mematuhi Euro 5 dengan kuasa 17.2 hp pada 8,000 rpm dan tork 15.5 Nm pada 7,750 rpm, ianya lebih menarik dari segi kuasa dan kelajuan. Skuter ini sebenarnya lebih sesuai bagai mereka inginkan kelainan dengan gaya tersendiri yang pasti akan buat membuatkan anda lebih yakin, bergaya dan mewah dari segala skuter segmen yang ada buat masa kini.