Modenas Dominar D400
Modenas sering mencari kelainan dalam mengetengahkan jenama atau model-model keluaran mereka. Apa yang paling penting adalah dari aspek harga. Motosikal yang mampu dimiliki dan juga nilai untuk wang anda.
Kali ini admin diberi peluang sekali lagi untuk menguji Modenas Dominar D400. Tetapi ujian kali ini lebih kepada penggunaan harian seperti kegunaan ke tempat kerja ataupun untuk perjalanan yang agak jauh sedikit bagi merehatkan minda.
Modenas Dominar D400 ini mempunyai keunikannya tersendiri. Jika dibandingkan dengan model Sport Touring . Bike yang lain, Modenas Dominar D400 ini hadir dengan yakin. Boleh dikatakan, antara model motosikal yang lasak. Seperti biasa kalau nak ke tempat kerja pada waktu pagi, enjin satu silinder sejukan cecair dengan 4 injap bersesaran 373cc, memang tidak mengecewakan. Enjin pada Modenas Dominar D400 ini sama dengan enjin pada KTM DUKE 390, cuma ada sedikit kelainan dengan penggunaan Digital Triple Spark (DTS-i). Jadi tak hairanlah di sebelah, pagi admin berasa lebih bersemangat untuk memulas pendikit menyusuri dan memintas di dalam kesesakan lalu lintas. Memang rasa bersahaja je.
Kedudukan menunggang Dominar D400 amat selesa bagi tunggangan jauh dan amat mudah dikendalikan ketika meredah kesesakan lalu lintas kerana ia agak ringan. Pada pandangan admin, Modenas Dominar D400 ini sangat sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana tempat duduknya yang lebar dan digabungkan dengan sistem suspensi yang selesa.
Jika dicongak, dengan semua pakej yang ada pada Modenas Dominar D400 ini ditambah pula dengan aksesori seperti kotak barang belakang, kita boleh pusing-pusing Malaysia ke destinasi pelancongan yang menarik. Nak komen apa lagi? Dengan harga bermula daripada RM15,000.00, kita dah boleh dapat sebuah Sport Touring Bike dan boleh mula mengembara – atau ke tempat kerja – tanpa banyak masalah remeh temeh atau kos bahan api yang tinggi dan juga bayaran bulanan yang membebankan.
Sila “like” & “share” Facebook ENJIN DOTcom & “follow” kami di Instagram!
#utamakankeselamatan #modenas #d400 #givi #zamykool #coolant #kool #enjindotcom #exploreenjoy