Modenas Dominar D400

Modenas telah menjemput pihak Enjindotcom untuk menunggang uji model baharu Dominar D400 bersama media lain ke Selangor Fruit Valley, Rawang.  Ianya satu sesi  perjalanan yang ringkas untuk  mendapatkan maklum balas dari model terbaharu itu.Pihak media telah berkumpul dan memulakan perjalanan dari Glenmarie Shah Alam secara berkumpulan. 4 biji Dominar, Pulsar NS dan Pulsar RS.

Satu pengalaman yang sangat menarik bagi pihak Media, walaupun jarak masa yang agak terhad untuk menguji motosikal ini, akan tetapi setelah menunggang Dominar ini disepanjang perjalanan pergi dan balik, dapat la serba sedikit merasai keupayaan dan kesesuaiannya menunggang di jalanraya persekutuan dan juga di lebuhraya.
Motosikal Dominar ini direka untuk mereka yang gemarkan menunggang dalam jarak yang jauh atau melancong. Bentuknya yang panjang dan rendah mudah dikawal, hingga ketika mengambil selekoh ianya agak mudah dan lancar. Suspensi motosikal ini agak selesa bagi sebuah motosikal di bawah 500cc. Ketika jalan tidak rata atau beralun ia tidak terlalu menganggu ketika menunggang dan memang patut di beri pujian.
Ketika menunggang di lebuhraya pula, ia agak stabil untuk kelajuan140km/h, malah ia boleh mencapai sehingga 162km/h waaupun ketika itu tamparan angin yang agak kuat dan menggangu tunggangan dan fokus ketika dijalanraya. Besesuaian sebuah “Sport Touring Bike” ia selesa untuk perjalanan jauh atau melancong yang akan menjadi impian setiap peminat motosikal ketika ini di Malaysia.
Di sepanjang perjalanan, banyak mata-mata penguna jalanraya lain pasti akan tertumpu pada Dominar ini, ketika kami berhenti di tepi jalanraya dan hentian rehat. Sememangnya ada keistimewaan tersendiri Dominar D400 ini di pandangan orang ramai. Jika ia didatangkan dengan  warna yang lebih menarik pasti akan lebih menjadi tumpuan, terutama anak muda di Malaysia ni yang sememangnya suka dengan penampilan yang agresif.Tambahan dengan aksesori yang didatangkan, seperti box dan kelengkapan tambahan jika diperluaskan pengeluaran pasti akan jadi idaman setiap peminat motosikal yang suka dengan menunggang ke destinasi menarik hujung minggu.
Untuk tunggangan harian ia tidak jadi masalah kerana mudah dikawal, walaupun ketika keadaan sesak dijalanraya. Bentuknya yang langsing dan penukaran gear yang lancar sudah pasti memudahkan perjalanan dan kawalan motosikal Dominar D400. Kebetulan masa kini  menjadi trend sekarang ini wanita pun semakin ramai menunggang motosikal secara berkumpulan untuk melancong dan beriadah. Pihak Modenas perlu mengambil peluang ini untuk mempermosikan model Dominar ini, kerana bentuknya dan ia tidak terlalu berat. Sudah semestinya menarik.

Modenas Dominar D400 di datangkan dengan enjin lebih besar kapasitinya serta suntikan bahan api secara elektronik, 4-injap, SOHC disejukkan cecair, dengan 373cc, 34.5 bhp (35 PS) @ 8000 RPM, dan tork 35 Nm @ 6500 RPM.Enjin satu-silinder dimana mempunyai beberapa ruang seni bina dengan KTM 390 DUKE tetapi dengan beberapa perbezaan seperti digital Triple spark (DTS-i) konfigurasi untuk menjadikan pembakaran lebih baik .Dilengkapi brek dari ByBre dihadapan serta ABS, serta tayar dengan saiz berukuran  110/70-R17 dihadapan dan dibelakang 150/60-R17.

Pihak media juga berpeluang berbincang secara terus dengan wakil Bajaj sendiri iaitu saudara Anurag Sharma dan Shashank Golani tentang Dominar D400 ini yang turut bersama, dimana dapat berkongsi pengalaman dan berbincang beberapa perkara mengenai motosikal Dominar ini lebih dekat.
Secara keseluruhannya motosikal ini memenuhi gaya masa kini dan keupayaan bagi seseorang yang inginkan tunggangan jarak jauh dan dekat dengan selesa. Untuk Enjindot.com ia sebuah motosiksal yang  sesuai dengan konsep  kami “Pejalanan dunia permotoran” iaitu perlancongan dan gaya hidup. Di harap ia akan mengalakan lagi gaya masa kini yang gemar melancong dengan bermotosikal..

#modenas #dominar #d400  #borntosprintbuilttotour #sporttourer #sporttouring #1000cornermalaysia #jomride #selangorfruitvalley #jommelawatselangor #enjindotcom