MINIfest 2023: Meraikan Semangat ‘Big Love’ dan ‘Big Fun’.

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia, baru sahaja menghoskan acara MINIfest 2023 di Sentul Depot pada hari Sabtu, 22 Julai. Menerusi tema ‘Big Love, Big Fun’, MINIfest 2023 telah membariskan pelbagai aktiviti dan hiburan, di samping pameran kenderaan MINI yang bersejarah di mana warga MINIacs tanpa mengira usia dapat menjiwai semangat MINI dan mencipta memori yang bermakna melalui cinta mereka ke atas jenama ini. 

Linnet Yew, Ketua MINI Malaysia berkongsi, “Kami teruja kerana MINIfest 2023 sekali lagi dapat menghimpunkan warga MINIacs dari pelbagai latar belakang untuk menghidupkan semangat jenama MINI yang unik. Tema Big Love, Big Fun sememangnya merangkapkan semangat yang mewarnai acara ini seperti yang dijulang oleh MINI, bagi mencorak sebuah komuniti yang sihat, terdiri daripada para individu yang berkongsi semangat pengembaraan yang sama.”



“Kami juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga umum serta para pelanggan yang kami hargai atas kepercayaan yang terus diberikan kepada MINI, menjadikan Malaysia pasaran yang paling pesat bertumbuh bagi kami pada tahun 2022. Setakat Jun 2023, sebanyak 1,000 unit kenderaan MINI telah pun terjual, jumlah tertinggi dalam tempoh 6 bulan. Ini membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi daripada warga MINIacs. Sudah tentu, kami akan terus menyajikan banyak lagi pengalaman-pengalaman baharu yang dapat mengukuhkan lagi hubungan antara para penyokong dan jenama MINI,” ujar beliau.

Keseronokan buat seisi keluarga

Lebih 2,300 warga MINIacs telah berhimpun di Sentul Depot untuk menikmati aktiviti- aktiviti seperti pameran MINI, sesi pandu uji yang eksklusif, dan jualan aneka barangan yang kreatif dan lestari.

Bagi mereka yang mendahagakan cabaran, pelbagai permainan karnival yang popular juga telah disediakan di perkarangan ini. Khususnya MINI Slingshot, menerusinya para peserta telah dilancarkan ke udara di mana mereka dapat menyaksikan acara ini dari satu sudut yang lebih menarik. Para pengunjung juga telah membanjiri MINI Car Boot Sale untuk membawa pulang aneka barangan perhiasan, sementara pelbagai rakan jenama dan vendor tempatan mengambil peluang untuk menawarkan aneka kraf dan seni yang menarik, termasuk barangan fesyen serta aksesori rekreasi yang unik. Hadirin yang mendaftarkan diri bagi acara tersebut juga telah berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang dipilih oleh MINI berserta rakan-rakan kongsinya, menerusi sesi-sesi cabutan bertuah yang diadakan sepanjang hari berkenaan.

Juga memeriahkan festival tersebut ialah booth MINI yang menawarkan aneka barangan eksklusif buat para peminat MINI, di samping stesen pengubahsuaian yang membolehkan pelanggan memperibadikan barangan MINI kesukaan mereka.

Menerusi kerjasama dengan Modle.play, para keluarga dan anak-anak kecil juga dapat menyertai dua bengkel menarik yang dirumus khas untuk mereka, di samping ruang permainan kanak-kanak yang lengkap dengan aneka mainan yang diperbuat daripada kayu. Kanak-kanak dilihat seronok membina jentera MINI yang dikuasakan oleh bateri, manakala di bengkel yang satu lagi, mereka dapat mencungkil kreativiti masing-masing menerusi aktiviti mencipta rantai kunci dan barangan kemas MINI. 

Bukan itu sahaja, para hadirin juga dapat menyaksikan penciptaan seni mural, memberi singkapan kepada artis yang akan berkolaborasi dengan MINI untuk sesi RoofArt Special Edition yang menampilkan jentera-jentera Countryman. Terkenal dengan karya seninya yang unik dan bersemarak, artis mural ini telah menghasilkan sebuah mural berdasarkan perspektif artistiknya terhadap acara tersebut, merangkap semangat yang menghidupkan suasana MINIFest.

Untuk menyuntik lagi keterujaan, MINIfest 2023 telah menampilkan Psycusix, kumpulan persembahan kontemporari moden yang popular di Malaysia, yang telah mencuri hati para penonton dengan sebuah persembahan yang hebat. Di samping itu, para hadirin turut dihiburkan dengan lagu-lagu yang mengasyikkan daripada para artis Merdekarya, menambah lagi seri dan warna pada suasana festival tersebut.

Bagi memuaskan selera para pengunjung, MINIFest turut membariskan 14 vendor makanan yang popular dari Tiffin at the Yard, di mana aneka makanan khas bertema MINI telah disajikan buat warga MINIacs.

Di antara pelbagai aktiviti dan pengalaman yang disediakan di acara ini, yang menjadi tumpuan utama ialah MINI Garage, di mana para pengunjung telah berpeluang untuk menelusuri sejarah dan evolusi jenama MINI yang mengagumkan. Pameran ini membolehkan pengunjung meneroka legasi kenderaan MINI serta transformasinya yang inovatif dari detik ia diasaskan, dipersembahkan melalui peragaan jentera MINI Classic, MINI 3-Door R53, MINI 3-Door R56, MINI Coupe R58, MINI Countryman R60, dan MINI Paceman JCW R61.

Di MINI Electric Showcase, para pakar MINI tampil untuk memberi didikan dan jaminan kepada pengunjung mengenai betapa mudahnya proses pengecasan dan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia. Menerusi kerjasama dengan JomCharge, booth tersebut juga telah berfungsi sebagai hab kepakaran, sejajar dengan matlamat MINI untuk menyediakan maklumat yang dapat bantu merungkai kekhuatiran pengguna berkenaan dengan pemilikan EV. Tambahan lagi, booth tersebut juga telah menawarkan pelbagai maklumat yang komprehensif mengenai aplikasi dan fasiliti-fasiliti pengecasan yang terdapat di serata negara, dipermudahkan melalui interaksi dengan pasukan EVC JomCharge bagi meningkatkan lagi keyakinan para pengguna. 

Selain itu, para hadirin di MINIfest 2023 juga telah diberikan peluang yang eksklusif untuk memandu uji dua model MINI terbaharu – MINI 3-Door Hatch Cooper SE dan MINI Countryman, membolehkan pengunjung mengamati sendiri ciri-ciri kefungsian jentera ini yang canggih, di samping kelincahan dan prestasi luar biasanya yang sinonim dengan jentera MINI. Untuk maklumat lanjut mengenai MINI, sila layari http://www.mini.my.

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *