MINI Malaysia lancar pencarian penyelesaian teknologi bandar menerusi Program MINI Impact oleh Urban-X

MINI Malaysia mengumumkan pengenalan Program MINI Impact baharu oleh URBAN-X di Malaysia, menandakan perkembangan mengujakan dalam misi platform tersebut untuk menyokong syarikat pemula teknologi bandar yang inovatif. Rentetan kejayaan inisiatif perintis di beberapa negara di seluruh dunia, URBAN-X kini mengalu-alukan penyertaan daripada syarikat pemula Malaysia yang menumpukan pada penciptaan penyelesaian mampan yang inovatif dalam menangani cabaran perbandaran yang paling mendesak.

Terbuka untuk perintis perubahan bandar.

Program MINI Impact adalah program intensif sempena empat minggu yang direka untuk memperkasakan syarikat pemula yang menumpukan pada teknologi iklim dan penyelesaian bandar yang transformatif. Setiap pasukan syarikat pemula yang terpilih akan menyertai program ini selama tiga minggu secara jarak jauh, dengan minggu terakhir diadakan di URBAN-X di New York City. Inisiatif global ini, yang pertama kali dilancarkan pada 2022, telah menempa kejayaan di beberapa pasaran seluruh Eropah, Amerika, Afrika dan Asia, serta terus berkembang pada 2024 untuk mengalu-alukan pasukan dari Malaysia, Belanda, Jepun, United Kingdom, India, Mexico dan Itali.

Syarikat pemula Malaysia yang terpilih akan menerima bimbingan khusus daripada kepakaran URBAN-X yang meluas, termasuk akses kepada sokongan kejuruteraan dan reka bentuk bertaraf dunia, modal pelaburan daripada rakan niaga JVP, rangkaian pelabur global, penggubal dasar serta pemimpin industri, untuk membantu mereka memperhalusi dan meningkatkan skala inovasi dalam memberi impak yang nyata terhadap kehidupan bandar.

Mulai sekarang hingga 31 Ogos 2024, syarikat pemula Malaysia dengan penyelesaian teknologi bandar yang inovatif boleh memohon untuk menyertai Program MINI Impact di https://urban-x.formstack.com/forms/mini_impact_program_2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program MINI Impact dan Urban-X, layari https://www.mini.my/en_MY/home/happenings/mini-impact-programme.html atau https://urban-x.com/