Dalam mempamerkan inovasi dan komitmen untuk memajukan landskap Mobiliti Elektrik, Millennium Welt, rakan wakil pengedar jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad, berganding bahu dengan Gentari Malaysia, penyedia solusi tenaga bersih yang terkemuka, untuk membuka Kedai Utama Pengecasan EV yang pertama di Jalan Kuching pada hari ini. Ia menandakan satu langkah yang besar dalam dedikasi BMW Group Malaysia untuk membangunkan infrastruktur EV di negara ini.
Jean-Phillipe Parain, Naib Presiden Kanan Rantau Niaga di Asia Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika menyatakan, “Kedai Utama Pengecasan EV yang pertama daripada Millennium Welt dan Gentari akan menjadi salah satu konsep yang terulung bagi kenderaan elektrik di Asia Tenggara. Berdasarkan konsep kedai pengecasan EV, kemudahan ini membolehkan pengecasan beberapa kenderaan pada satu masa dengan kedai khas yang mewakili jenama-jenama dari BMW Group. Kemudahan ini memperlihatkan penampilan dan perkhidmatan Retail.Next serta dibangunkan untuk melengkapi keupayaan mobiliti masa depan, di samping produk dan tawaran baru kami.”
Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt Group turut berkongsi, “Acara memecah tanah pada hari ini melambangkan bukan sahaja titik permulaan Kedai Utama Pengecasan EV yang sulung, tapi juga merealisasikan sebuah visi yang menunjangi komitmen kita untuk mencorak alaf mobiliti yang baharu. Di Millennium Welt, kami percaya bahawa Pengelektrikan bukanlah satu pilihan semata-mata, ia adalah sebuah gaya hidup. Menerusi usaha sama dengan Gentari, kita dapat mengambil satu langkah yang besar bagi memperkayakan lagi pengalaman Mobiliti Elektrik dengan mewujudkan sebuah ruang yang serba imersif di mana teknologi canggih diintegrasikan dengan solusi-solusi lestari bagi memenuhi keperluan para pelanggan yang kian berubah. Saya teruja memikirkan tentang anjakan transformasi yang terbentang di hadapan kita sedang kita juga terus menetapkan standard baharu demi negara yang lebih bersih dan lestari.”
“Kami amat gembira atas penyumbangan usaha kami dalam memperkukuhkan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia Kedai Utama Pengecasan EV yang sulung ini, dibangunkan bersama rakan kongsi kami, Millennium Welt. Selain daripada penempatan 14 titik pengecasan EV, termasuk pengecasan berkelajuan tinggi 240kW dan pengecas AC, kami juga memperkenalkan pusat pengalaman yang dinamik bagi keseronokan pelanggan kami semasa mereka mengecas,” ujar Shah Yang Razalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari & Ketua Pegawai Eksekutif Green Mobility Sdn. Bhd.
Kedai Utama Pengecasan EV ini membawakan sebuah ruang pameran yang serba ekstensif, mampu memuatkan 66 buah kenderaan elektrik yang tercanggih, memberi peluang kepada mereka yang ingin mengalami sendiri mobiliti masa depan, di samping aneka perkhidmatan bersepadu termasuk bilik pameran BMW Premium Selection dan Perniagaan Pembaharuan Insurans – menawarkan pelanggan sebuah pengalaman mobiliti elektrik yang komprehensif lagi bertaraf premium.
Ruang persinggahan ini menaik taraf pengalaman premium yang dijanjikan dengan infrastruktur yang serba canggih, merangkumi enam unit Pengecas DC 240kW serta dua unit Pengecas AC 22kW, disempurnakan dengan 14 ruang parkir. Infrastruktur yang hebat ini juga menjamin khidmat pengecasan yang efisyen buat para pelanggan EV, yang dialu-alukan untuk meluangkan masa di Retail.Next oleh BMW, menyediakan pengalaman yang tersusun rapi, menunjukkan pengalaman memilik kenderaan BMW elektrik yang premium. Bukan itu sahaja, ruang persinggahan ini dirancang untuk dikuasakan oleh panel solar untuk memperlihatkan pendekatan holistik terhadap kemewahan tenaga lestari.
Dikelola oleh sebuah pasukan yang berkaliber, premis ini menjamin sebuah pengalaman kepenggunaan yang bersifat peribadi dan lancar menerusi para kakitangan yang bersedia membantu pelanggan mengalami segalanya yang ditawarkan oleh Kedai Utama Pengecasan EV ini. Secara ringkasnya, ruang persinggahan ini akan menjadi sebuah destinasi yang menarik buat para pengguna – yang pertama sejenisnya di Asia Tenggara, menambah kepada rangkaian penyedia EV premium terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada 1,700 kemudahan pengecasan BMW i dan MINI di seluruh negara.