‘MICHELIN X MULTI Z 2’ BAKAL MENGGEGARKAN PASARAN TAYAR TRAK DI ASIA

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2020 – Michelin, syarikat tayar yang terkemuka di dunia maju setapak ke hadapan dalam pasaran tayar trak menerusi pelancaran MICHELIN X MULTI Z 2 – penambahan
baharu dalam barisan produk terlaris Michelin di rantau Asia Timur dan Australia. Dilengkapi dengan inovasi teknologi terbaharu, tayar serbaguna untuk operasi Serantau dan Lebuh Raya ini menawarkan jangka hayat yang terpanjang serta prestasi yang dinaik taraf, ia merupakan antara manfaat
utama yang dapat dinikmati oleh operator perusahaan jentera berat.

Pengarah Komersial Antara Perniagaan yang mewakili Michelin Malaysia,
En. Muhammad Arya Subrata mengambil peluang untuk berkata, “Dengan perungkaian tiga inovasi teknologi yang utama ini, MICHELIN X MULTI Z 2 dapat membawakan kecemerlangan dalam aspek
keselamatan yang tiada tandingannya, serta membantu para pelanggan kami memenuhi masa penghantaran dan keefisienan yang ingin dikecapi – lantas, menjurus kepada peningkatan produktiviti dan keberkesanan kos bagi perniagaan mereka.”

Tiga inovasi teknologi terulung yang diketengahkan menerusi MICHELIN X MULTI Z 2 ialah: “REGENION”, “INFINICOIL” dan “HT NYLON”.

REGENION ialah teknologi Michelin yang meliputi aluran (grooves) tayar berlainan bentuk, ia menjamin canggaan (deformation) bunga tayar yang minimum, yang menyumbang kepada rintangan guling yang lebih rendah, serta menjimatkan penggunaan bahan api. Berbekalkan teknik pencetakan logam 3D yang terbaharu, aluran longitud pada tayar tersebut mampu pulih semula sementara tayar tersebut melalui proses kehausan, ia dapat menawarkan tahap cengkaman yang tinggi sepanjang kitar hayatnya dalam apa jua cuaca, serta mengurangkan kadar kehausan – sekali gus menyumbang kepada jangka hayat yang lebih panjang, iaitu 20% lebih panjang berbanding produk terdahulu, MICHELIN X MULTI Z1INFINICOIL pula meningkatkan tahap keteguhan tayar berkenaan. Ia merupakan sebuah teknologi yang
menampilkan lapisan bunga tayar yang diperkukuhkan dengan dawai keluli sepanjang 400 meter, bergantung kepada saiz tayar, di dalam selongsongnya. Dawai keluli berkekuatan tinggi ini meningkatkan tahap keteguhan tayar, lantas mengoptimumkan permukaan tayar yang bersentuhan dengan lantai dan membekalkan jarak perbatuan yang lebih tinggi. Teknologi tersebut menawarkan tahap stabiliti yang lebih baik sepanjang hayat tayar berkenaan, di samping membantu mengurangkan risiko kehilangan tekanan yang boleh berlaku secara mengejut untuk menjamin kawalan kenderaan yang baik, melanjutkan keupayaan mobiliti walaupun ketika mengalami masalah pancit, serta memperbaiki aspek kehausan yang tidak sekata kerana ia meratakan permukaan tayar yang bersentuhan dengan lantai – lantas, menyumbang kepada kadar perbatuan yang lebih tinggi, serta mengurangkan insiden kerosakan yang tidak dijangka; dan HT NYLON meningkatkan ketahanan lekuk (bead) tayar yang bukan sahaja membantu mengurangkan kadar kerosakan tayar yang berhubung kait dengan penggunaan berjarak jauh/berkelajuan tinggi serta kitar penggunaan berterusan sebanyak 10%2, malah meningkatkan tahap keupayaan untuk mencelup tayar (retreadability) berkenaan.

“Saya yakin bahawa MICHELIN X MULTI Z 2 bakal merevolusikan pasaran tayar trak di seluruh rantau ini dengan keupayaan luar biasanya, serta nilai yang dibawakan buat pelanggan-pelanggan perusahaan jentera berat,” simpul En. Muhammad Arya Subrata.

Di Malaysia, MICHELIN X MULTI Z 2 terbaharu kini boleh didapati dalam dimensi 11R22.5 menerusi wakil pengedar tayar trak Michelin yang bertauliah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.michelin.com.my.

GALERI