Pelancaran kereta elektrik Emeya Hyper-GT (Grand Tourer) menjadi kemuncak kepada pembukaan ruang pameran perdana Lotus Cars Malaysia di Kuala Lumpur.
Ruang pameran perdana tersebut yang berukuran 1,765 kaki persegi, di mana 987 kaki persegi dikhususkan untuk ruang pameran utama, menjadi mercu tanda penting kepada jenama Lotus sejak ia diperkenalkan semula di Malaysia pada tahun 2021.
Ia juga selaras dengan usaha mengukuhkan rangkaian jualan Lotus di Malaysia dan merupakan ruang pamerannya yang kedua setelah pembukaan ruang pameran di Pavilion Damansara Heights pada bulan Februari tahun ini.
Lotus Kuala Lumpur turut dilengkapi dengan dua ruang khas untuk penyerahaan kenderaan ruang rehat untuk pelanggan, bahagian khas untuk jualan barang dagangan Lotus dan sebuah ruang konfigurator yang membolehkan pembeli-pembeli kenderaan memilih pelbagai peralatan dan aksesori tambahan.
Ini termasuklah pemilihan komponen dan aksesori bahagian luaran dan dalaman kenderaan, dan komponen-komponen berprestasi tinggi serta peralatan keselamatan tambahan. Para pelanggan juga berpeluang menaik taraf kenderaan mereka dengan Pek Pengendalian Dinamik Lotus (Lotus Dynamic handling Pack) yand didatangkan dengan ciri-ciri kawalan stereng 4-roda (4-wheel steer capabilities) dan Bantuan Pemanduan (Driving Aid) tambahan seperti Pek Parkir (Parking Pack) dan Pek Bantuan Lebuhraya (Highway Assist Pack).
Lotus Emeya merupakan kenderaan elektrik Hyper-GT empat pintu yang pertama dibangunkan Lotus untuk memenuhi citarasa pemandu yang sebenar. Ia diilhamkan dengan mengambilkira pencapaian Lotus di dalam arena sukan permotoran selama 75 tahun dan reputasi jenama tersebut mempelopori inovasi untuk melahirkan kenderaan-kenderaan berprestasi tinggi dari segi kepuasan pemanduan.
Emeya, yang didatangkan dengan tiga varian – Emeya, Emeya S dan Emeya R – juga merupakan pemenang anugerah antarabangsa Red Dot untuk kecemerlangan rekabentuk.
PEMANDUAN DINAMIK
Dilengkapi pacuan empat roda bersama sistem Lotus ICC intelligent torque distribution, Emeya mempelopori piawaian baharu dari segi pengendalian dan pemanduan berprestasi tinggi kategori kenderan GT. Sistem suspensi udara elektronik pada Emeya membolehkan kenderaan tersebut ‘merasa’ keadaan jalan pada kadar 1,000 kali sesaat dan membuat penalaan bagi pemanduan yang lebih yakin, terkawal, bertenaga dan selesa.
Emeya dipacu oleh dua-motor berprestasi tinggi dan sistem transmisi kelajuan tunggal (dua kelajuan untul model Emeya R), di iringi dengan sistem brek gred perlumbaan dan menjanjikan pemanduan dan pengalaman yang amat bertenaga. Emeya mempunyai prestasi di antara 603 hp dan 905 hp dengan tork di antara 710 Nm dan 985 Nm, serta kelajuan maksimum 250km/j. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam hanya 4.2 saat (di bawah 2.78 saat bagi model Emeya R), menjadikannya di antara kenderaan GT terpantas di dunia.
Prestasi maksimum juga dicapai dengan bantuan pelbagai ciri-ciri aerodinamik aktif dan inovatif yang menjanjikan piawaian baharu dari segi downforce. Ini merupakan salah satu pencapaian yang telah membuatkan Lotus terkenal dan memenangi begitu banyak perlumbaan di pelbagai litar antarabangsa seluruh dunia. Rekabentuk dan ciri-ciri ini, digabungkan dengan kedudukan pusat graviti rendah, memberi Emeya apa yang ditakrifkan sebagai ‘hyperstance’ untuk kestabilan yang lebih mantap dan pemanduan dan pengendalian yang mencapai piawaian baharu bagi kenderaan segmen GT.
Dari segi aerodinamik, Emeya dilengkapi grill depan aktif – seperti yang terdapat juga pada model Hyper-SUV Eletre – untuk mengurangkan rintangan angin, menaikkan kecekapan kenderaan (apabila ditutup) dan menyejukkan bateri serta sistem brek (bila dibuka). Dam angin aktif yang digabungkan dengan diffuser belakang aktif yang diilhamkan oleh rekabentuk perlumbaan manakala, memberi kelebihan downforce pada kelajuan tinggi dan melancarkan pergerakan udara di bawah kenderaan untuk pengendalian dan pemanduian yang lebih stabil.
Emeya juga dilengkapkan dengan spoiler belakang aktif berbentuk dua lapisan yang memberi kelebihan downforce berjumlah 215kg untuk kestabilan kelajuan tinggi. Secara keseluruhan model ini mempunyai lapan ruang udara untuk melancarkan pergerakan udara, meningkatkan kecekapan aerodinamik dan membantu prestasi serta jarak pemanduannya. Pada masa yang sama ia membantu menyejukkan sistem brek, motor dan bateri.
KELAJUAN MENGECAS ULTRA
Emeya mempunyai jarak gerak pemanduan WLTP maksimum sejauh 610km bergantung kepada varian dan berupaya menambah jarak pemanduan sebanyak 150km dengan hanya lima minit masa pengecasan pantas menggunakan pengecas 350kW. Ia juga boleh mengecas bateri di antara 10% hingga 80% hanya dalam masa 18 minit.
TEKNOLOGI BANTUAN PEMANDUAN CANGGIH
Dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan canggih dan pintar, Emeya menawarkan semua kelengkapan yang menjanjikan pemanduan yang bertenaga. Ciri-ciri yang dimaksudkan termasuklah maklumat jalan dalam real-time besama dengan alat navigasi dan pelbagai ciri keselamatan canggih yang dikenali sebagai ADAS atau Advanced Driver Assistance Systems. Sistem ADAS mempamerkan amaran halangan, amaran keluar lorong, amaran pelanggaran depan dan sistem pemantaun titik buta. Pemandu juga mempunyai akses kepada maklumat-maklumat penting melalui penggunaan paparan head up display realiti terimbuh pada skrin berukuran 55-inci.
BUNYI KELILING HIPER REALISTIK
Rekabentuk Emeya mengambilkira usaha Lotus untuk mengurangkan jejak karbonnya dan ini dicapai dengan penggunaan bahan-bahan yang mampan dan tahan lasak. Antaranya ialah penghasilan dan penggunaan benang premium yang diperbuat dari fabrik lebihan industri fesyen. Turut digunakan ialah PVD aluimimium, Alcantara, Kulit Nappa dan fabrik ultra PU, kesemuanya yang juga telah dihasilkan secara mampan. Kombinasi penggunaan bahan-bahan ini bagi ruang dalaman Emeya turut memberikan penjimatan dari segi berat keseluruhan kenderaan.
Ruang dalaman Emeya masih bercirikan tema minimalist tetapi ia direkabentuk sebagai kokpit pintar dan mempunyai sistem infotainment yang intuitif. Emeya menggunakan sistem audio rekaan KEF iaitu pembesar suara Uni-Q™ and subwoofer Uni-Core™ bersertakan sistem bunyi keliling 3D Dolby Atmos untuk kepuasan bunyi yang berkualiti tinggi.
Emeya turut menggunakan sistem pembatalan bunyi bersepadu atau Road Noise Cancellation (RNC) supaya pemandu tidak terganggu bunyi luar. Sensor getaran pada bahagian badan kenderaan juga mengesan pergerakkan pada tayar dan suspensi dan dengan bantuan algoritma khas berupaya membatalkan bunyi-bunyi yang tidak di ingini.
Turut dipamerkan ialah model terbaharu kereta sports Emira Turbo yang dibangunkan menggunakan casis aluminium ringan, iaitu teknologi terkemuka yang dipelopori Lotus dan terus menjadi sebahagian dari DNA lotus sehingga hari ini.
Rekabentuk dan ciri-ciri Emira Turbo diilhamkan menyerupai model Evija dan dilengkapkan dengan enjin empat silinder yang paling berkuasa pernah dipasang pada mana-mana model Lotus. Ia mempunyai 460 hp (365 PS) dan digabungkan bersama transmisi dual-clutch lapan kelajuan (DCT) yang mampu memecut dari 0-100km/j dalam 4.4 saat dengan kelajuan maksimum 290km/j. Emira Turbo berharga RM509,000 (tanpa duti import, insurans dan cukai jalan).
Lotus juga mempamerkan model Eletre yang mengiringi varian Eletre S dan Eletre R yang terdahulu dilancarkan, tetapi bermula dengan harga RM598,800. Pelancaran model Eletre ini juga meluaskan prospek pemilikan kepada pembeli-pembeli yang berhasrat beralih kepada kenderaan Hyper-SUV ini. Eletre dipacu sistem kelajuan tunggal yang mampu menghasilkan 603 hp dan tork sebanyak 710 Nm dengan catatan masa 0-100km/j dalam hanya 4.5 saat. Ia juga mempunyai kelajuan maksimum 258km/j dan mempunyai jarak gerak pemanduan WLTP sejauh 600km.
Ruang pameran perdana Lotus Kuala Lumpur Flagship Store beralamat di 24, Jalan Juruhebah U1/50, Temasya Industrial Park, 40150 Section U1, Shah Alam. Pelanggan-pelanggan juga dialu-alukan untuk melawat melawat Lotus Store di Pavilion Damansara Heights.