Latihan Asas “Off Road” Bagi Peminat Motosikal ‘Adventure’

Memandangkan kita masih dalam PKPB, nak ride jauh-jauh pun tak boleh buat masa ini.  Jadi, penulis hanya mampu ‘lontar ke belakang’ aktiviti yang pernah  dilakukan dulu.

Pada awal bulan Oktober lepas, sekumpulan pemilik motosikal “dual purpose” BMW 1200 GS Adventure dan 1250 GS Adventure dari Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur telah berkumpul di trek Motorcross Putrajaya untuk menjalani latihan asas “Off Road” yang dianjurkan oleh Kaz Offroad Academy.  

Jurulatih Kaz Offroad Academy, Khai Zabidin bukanlah nama asing dalam dunia permotoran di Malaysia. Antara pencapaian terbaharu beliau adalah mewakili Asia Tenggara bagi GS Throphy International Female Qualifier pada tahun 2019 yang diadakan di Sepanyol.

Antara teknik-teknik asas yang dipelajari dalam kursus asas ini ialah posisi menunggang yang betul, kawalan pendikit dan klac, cara mengimbangi dan mengawal motosikal, brek kecemasan dan pelbagai lagi.

Penulis berpeluang untuk menyertai kursus ini walaupun hanya menunggang motorsikal BMW G310GS, model GS yang paling kecil sekali dalam siri model BMW GS jika hendak dibandingkan dengan Abang Long GSA yang bersaiz jauh lebih besar. Ibarat kancil bermain bersama sekawan gajah!

Kursus dianjurkan secara santai tetapi penuh disiplin membuatkan peserta berasa seronok menjalani latihan-latihan yang diajar. Aspek keselamatan peserta juga amat dititik beratkan. Rata-rata kami peserta kursus seramai 11 orang berasa tidak puas menjalani kursus 1 hari ini walaupun sudah kepenatan menunggang seharian. Secara peribadi, penulis menjadi rider yang lebih berkeyakinan di jalan raya setelah menyertai kursus ini.

Penulis bersama peserta lain tidak sabar untuk menjalani kursus “Off Road” seterusnya bersama Kaz Offroad Academy. Kami berharap situasi wabak Covid-19 di Malaysia akan segera pulih agar dapat kami berkumpul dan menunggang bersama semula.

Akhir kata, penulis mengucapkan “Stay safe!” kepada semua riders!!!

Kredit gambar: Hans & Kaz Offroad Academy