KYMCO DT X360, SKUTER YANG BERGAYA DAN LASAK

Skuter ADV Pertama Dari KYMCO telah di lancarkan DT X360!!!.

Segmen skuter ADV semakin popular dikalangan peminat motosikal masa kini, peluang ini telah diambil oleh pembuat motosikal skuter terkenal KYMCO dimana khabar angin yang menyatakan skuter ini akan dikuasakan dengan enjin KYMCO satu silinder 320cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 29hp pada 7,250rpm dan 30 Nm pada 5,750rpm.

Skuter ADV KYMCO DT X360 ini juga didatangkan dengan sistem wajib ada pada setiap motosikal moden seperti traction control di samping sistem keyless dan penggunaan lampu LED penuh pada serta skrin berwarna yang menarik.

Sementara itu, sesuai dengan elemen ADV model ini lengkap dengan tayar ADV separa knobby 120/80-14 depan dan 150/7-13 belakang termasuk tangki 12.5L.Ia juga dilengkapi dengan ‘suspension’ fork teleskopik depan dan dikendalikan penyerap hentakan belakang jenis ‘twin-shock’.

Apa yang menariknya, DT X360 ini didatangkan dengan ruang meletak barang bawah tempat duduk yang agak luas dan ia membolehkan kita memuatkan dua biji helmet ‘full-face’ dengan mudah, keluasan tempat barangan adalah penting untuk segmen skuter seperti ADV ini, kerana ia sesuai dengan kegunaannya serba boleh, terutama yang suka akan perjalanan pengembaran jarak jauh.

Adakah ia akan memasuki pasaraan Malaysia?.Kita tunggu dan lihat, dengan pasaran motosikal kembali rancak setelah musim Covid-19 melanda seluruh dunia.