KOTAK ULANG TAHUN Z EDISI TERHAD 

Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”) hari ini mengumumkan pengedaran Kotak Ulang Tahun Z Edisi Terhad (“Z-Box”) bersempena 50 tahun kejayaan siri Kawasaki Z. Untuk memperingati 50 tahun beradanya di pasaran jenama ikonik ini, EMOS akan mengedarkan “Z-Box” Edisi Terhad ini kepada 300 pemilik Modenas Z250 baharunya, di mana setiap kotak akan mengandungi:

∙1 (satu) unit Buku “Z Chronicles”

∙1 (satu) helai baju-T Z

∙1 (satu) helai sarung kepala Kawasaki

 “Z-Chronicles”: Kisah Bermula dari Akhir Pada tahun 1972, Kawasaki mengejutkan dunia motosikal dengan memperkenalkan Kawasaki 900 Super4. Digelar sebagai Z1 yang didatangkan dengan empat (4) silinder sebaris pertama dalam kelasnya dengan DOHC, dengan kapasiti enjin 903cm³ yang tidak pernah didengari, ia merangkumi teknologi termaju, dan Z1 ini merupakan motosikal terbaik dari Kawasaki.

Sebagai huruf terakhir dalam abjad, Z mewakili huruf muktamad. Model Z ini telah berkembang menjadi salah satu jenama motosikal utama Kawasaki. Walaupun bentuk dan gaya tunggangan telah berkembang selama bertahun-tahun, model yang dinobatkan dengan tanda Z tini erus mengukuhkan diri mereka sebagai ikon prestasi.

Dengan Z1 dan prestasinya yang mengejutkan dunia, Kawasaki mengembangkan siri Z untuk memenuhi pelbagai keperluan. Z400 adalah model yang “sporty” dengan ciri-ciri kuasa tunggangan yang diidamkan untuk versi Z. Untuk model KZ900LTD, penunggang boleh menikmati motosikal berprestasi tinggi serta keselesaan yang mantap, manakala Z500 / Z400FX ialah motosikal “super sport” kelas pertengahan. Tidak lama kemudian, terdapat model untuk hampir setiap citarasa, gaya tunggangan, serta memberikan tahap keselesaan yang lebih baik bagi siri Z. (Fakta: 1972-Ogos 2021: 2,571,000 unit dikeluarkan di seluruh dunia)

Untuk semua pelanggan Modenas Z250 baharu, jangan lepaskan tawaran ini yang hanya terhad untuk 300 pembeli awal sahaja. Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari kedua-dua laman sesawang rasmi MODENAS dan KAWASAKI di https://modenas.my/v2/ dan http://www.kawasaki.com.my/home; atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135. Kunjungi juga pengedar Kawasaki terdekat anda hari ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi Modenas Z250.