Seramai 30 orang pelajar dari sekolah di sekitar Sepang berpeluang menyertai sesi latihan menunggang motorsikal secara selamat bersama duta repsol honda iaitu Marc Marquez juara dunia 7 kali dan juga Dani Pedrosa juga juara dunia 3 kali.
Kesemua Pelajar diberi penerangan tentang pentingnya kelengkapan menunggang, lesen, dan juga teknik tunggangan yang betul dari penunggang Repsol Honda.
Repsol Malaysia menjalankan inisiatif ini bagi menangani isu kemalangan jalanraya yang membabitkan penunggang motorsikal yang menyumbang dan menjadikan Malaysia ketiga tertinggi di dunia. Kempen keselamatan menunggang di jalankan setiap tahun dari 2013 yang lebih memfokuskan golongan muda dari kalangan pelajar sekolah tentang pentingnya keselamatan jalanraya.
“Sebagai penunggang professional, keselamatan adalah perkara utama tidak kira di litar ataupun dijalanraya. Inisiatif yang dijalankan ini sememangnya akan meningkatkan kesedaran kepada semua terutama bagi golongan muda” ujar Marc Marquez.
Dani Pedrosa pula berpendapat berkongsi tentang pengetahuan keselamatan di mana mereka berada adalah satu lagi cara membantu komuniti setempat.
Repsol merupakan antara syarikat minyak yang besar aktif di 37 buah negara. Repsol juga mempunyai lebih 4700 buah stesen minyak di Sepanyol, Potugal, Peru, Italy dan juga Mexico. Repsol memasarkan minyak pelincir di lebih 70 buah negara. Produk Repsol telah diuji untuk perlumbaan dan sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan dan juga enjin.