Jentera Yamaha Naked bike MT07

Kali ini pihak Enjindot.com berpeluang menguji jentea MT-07 yang diwar-warkan sebagai motosikal yang seronok ditunggang tak kira dalam bandar atau perjalanan jauh. Perkara pertama yang penulis rasa bila melihat didepan mata, ia kelihatan kecil, seolah sebuah yamaha RXZ yang dibesarkan sedikit.Bila melihat enjin dan rekaan berotot ia, baru lah kita nampak teruja, apakah ia betul-betul sebuah jentera yang berkuasa dimana, bila-bila masa apabila pendikit dipulas kuasa terus menyerlah. Kita akan teruja dengan kuasa  terjahan  yang begitu kuat, bagi penunggang baru atau tak biasa dengan sebuah naked bike yang enjin sebegini ia amat bahaya terutama di lampu isyarat kalau salah pulas pendikit, ia akan melompat kalau tidak dikawal dengan betul.Sememangnya ia bukan jentera yang jinak, kita akan rasa akan kuasa enjin dari permulaan hingga ke maxsima, berani atau tidak,  pengalaman seseorang itu sahaja akan membezakanya.Dari mula di Kompleks Hong Leong Yamaha di Sungai Buloh,Selangor lagi awok dah merasakan getaran  tulang rusuk heh..silap bergegar jiwa,Yamaha MT07, dengan enjin 4-lejang 689cc sejuk cecair, 74.8ps @ 9,000rpm dengan 68.0Nm @ 6,500rpm ini begitu seronok dibawa, hingga tak perasan awek2 yang berbaris tunggu bas di tepi jalan.Ia juga dilengkapi dengan sistem pengapian berupa Transistorized Controled Ignition (TCI). Kita akan dapat merasakan kuasanya apa bila kita mula menguji di lebuhraya lebih terbuka, dengan merasakan terjahan luar biasa setiap kali pendikit minyak dipulas menjadikan motosikal  ini seolah-olah kita mahu melompat macam seladang, begitu garang!!, ia bergitu galak meluncur ke depan, seolah tiada apa dapat menghalang motosikal ini dari meluncur bebas di jalanraya.Memang MT07 ini sebuah motosikal untuk kesronokkan dan sesuai bagi mereka yang mahu berulang-alik ke tempat kerja atau hujung minggu.Memang kena dengan nama dia MT, Master of Torque.Harus di ingat ia enjin 2 selinder (Crossplane) sama dengan R1 yang mana sudut engkol dia 270 darjah membuatkan daya pecutan dan kuasa enjin begitu berkuasa. Apabila berhenti di lampu isyarat, kena berhati-hati pada penunggang baru, jangan buat macam motosikal raja cilok kapchai.Kuasa enjin dia begitu kuat jika pendikit terpulas dengan kuat, serta merta motosikal ini akan melompat, nanti tetiba jadi popular di FB di viralkan orang. Dengan kedudukan posisi si penunggang yang tampak agresif, serta mudah di kawal segala suis dan meter digital LCD yang nampak moden, tempat duduk yang selesa dengan, tinggi 805mm dari tempat duduk. Selain itu, kerangka keluli ringan jenis backbone iaitu dibina sama dengan bentuk badan motosikal, berat hanya 179 kilogram (termasuk bahan api), saiz tangki 14 liter,  dapat memaut paha dengan erat untuk memudahkan kita  mengawalan ketika selekoh atau menyusuri dalam bandar begitu mudah dan lancar, ditambah dengan tayar ukuran 120/70 ZR 17M/C untuk di depannya dan 180/55 ZR 17M/C untuk bahagian belakang. Ketika menyusuri selekoh-selekoh tajam dan pendek di kuala klawang yang terkenal bagi penunggang-penunggang hujung minggu disekitar kuala lumpur khususnya, kita boleh menguji sistem suspensi belakang monocross tetap memberi keyakinan kepada tunganggan walaupun ia lembut menyebabkan motosikal membuai-buai namun masih boleh dikawal.Dengan brek hadapan berkembar yang berukuran 282m diameter dan belakang jenis single disc 245mm, motosikal ini dapat memberhentikan dengan selamat. Di Lebuh Raya lekas pula, pada kelajuan 170 km/jam ke atas,  MT-07 masih stabil, hendal kurang bergegar yang membolehkan imej pada cermin sisi nampak jelas, tetapi tidak digalakkan kerana tamparan angin begitu kuat bagi sebuah model naked seperti ini. Motosikal MT07 ini dengan pema­sangan tempatan (CKD) ini boleh didapati di semua pengedar Yamaha di seluruh negara pada harga RM36,795.78 termasuk cukai barang dan perkhidmatan.Jika difikiran faktor jarak perjalanan kebanyakkan pengguna motosikal sekarang ini, untuk ke tempat kerja tak salah kalau motosikal MT07 ini sesuai, dijadikan pengankutan harian bagi yang mahukan kuasa dan gaya tunggangan yang menarik.   -Mr. Stick-