‘IMPIAN JADI KENYATAAN’ UNTUK PELANGGAN VESPA, KINI TERSEDIA SECARA EKSKLUSIF DI DREAMSHOP DENGAN PELAN ANSURAN MUDAH 0% DARI 11 BANK

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2021 – 

Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih dari satu bilion produk hari ini, telah mengumumkan kerjasama istimewa bersama dengan jenama skuter Itali ikonik, Vespa. Buat pertama kali di Malaysia, pelanggan boleh membeli Vespa secara atas talian menerusi pelan pembayaran mudah 0%, dengan penawaran tambahan tertentu, di www.dreamshop.com.my. Kerjasama ini menandakan ketibaan Vespa dalam ruangan e-dagang, memberikan kemudahan dan nilai membeli belah tambahan buat pelanggan dalam talian.  

Bercakap di majlis pelancaran, Juan Chow Wee, Pengurus Besar Didi Resources Sdn. Bhd. berkata “Satu tinjauan runcit baru-baru ini mendedahkan bahawa Malaysia mendahului dari kalangan negara Asia Tenggara dalam e-beli belah. Menjelang akhir tahun 2021, sembilan daripada 10 rakyat Malaysia dijangka membeli-belah dalam talian. *Oleh itu, kerjasama dengan Dreamshop yang merupakan suatu platform e-dagang yang menawarkan pelbagai rangkaian produk serta baucar hadiah, adalah suatu kerjasama yang tepat pada masanya. Kami cukup teruja bukan saja dapat memasarkan Vespa ikonik ini dalam talian di Dreamshop tetapi ia juga menawarkan pelan ansuran mudah tanpa faedah 0% untuk pelanggan kami, ini dapat tercapai atas kerja keras pihak Dreamshop.” 

Hari ini, Malaysia mempunyai 22 juta pengguna (88% daripada jumlah penduduk Malaysia) yang membeli-belah secara dalam talian, mendahului purata Asia Tenggara (SEA) sebanyak 78%. Ini berikutan dengan pandemik Covid-19 yang telah membawa kepada ledakan penggunaan e-pembayaran, logistik yang lebih baik dan peranan platform e-dagang yang dipertingkat.

 “Untuk menggabungkan pemasaran secara dalam talian dan luar talian, kami akan melancarkan ‘roadshow’ ke seluruh negara bersama Dreamshop untuk berjumpa dan berhubung dengan bakal pelanggan yang akan diberi peluang untuk menunggang uji, mendapatkan pakej promosi istimewa dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik,” tambah Juan Chow Wee. 

Dengan kerjasama ini, Dreamshop, platform e-dagang yang beroperasi dengan moto ‘Impian Jadi Kenyataan’ kini telah menambah kategori kenderaan beroda dua dalam rangkaian produk Dreamshop yang buat masa ini sudah memiliki lebih dari satu bilion produk yang tersedia di platformnya. Selain itu, peminat dan pelanggan Vespa kini bakal memperoleh kemudahan membeli Vespa baharu mereka dalam talian tanpa perlu keluar dari keselesaan rumah mereka. 

Rosalie Lin, Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop.com.my berkata, “Kemudahan pembelian dalam talian ini adalah yang pertama seumpamanya. Sebagai platform e-dagang yang merealisasikan impian pelanggan menjadi kenyataan, kami sentiasa berusaha menjadikan setiap pembelian impian mereka menjadi satu realiti. Oleh itu kami bekerja keras dalam menawarkan pelbagai jenis produk dalam platform kami, dan hari ini merupakan peristiwa bersejarah untuk Dreamshop kerana Vespa ialah jenama kenderaan beroda dua pertama kami. Dan yang lebih penting lagi, kami juga bekerjasama dengan seberapa banyak bank yang kami mampu dalam menawarkan pelbagai kaedah pembayaran dan penebusan mata bonus. Melalui Dreamshop, pelanggan kini boleh membeli Vespa ikonik menerusi pelan pembayaran mudah 0% daripada 11 bank dengan hanya beberapa klik, menjadikannya menarik dan mudah untuk dimilliki.”

Sebelas (11) buah bank yang menawarkan pelan ansuran tanpa faedah 0% di Dreamshop.com.my untuk pembelian Vespa termasuklah Malayan Banking Bhd (Maybank), United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank, OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan Alliance Bank Malaysia Berhad. Pelanggan boleh menikmati tawaran tambahan seperti: 

 Ahli kad RHB Bank bakal mendapat rebat sebanyak RM200 untuk lima pembelian pertama Vespa di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0%. Promosi sah dari sekarang sehingga 15 April 2022. (Kod Promosi: RHB200)

 Ahli kad AmBank mendapat mata tambahan 30% bonus points untuk setiap pembelian Vespa di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0%. 

Ahli kad CIMB mendapat potongan RM 10 dengan perbelanjaan minimum RM 100. Promosi sah dari 1 November sehingga 31 Disember 2021. (Kod Promosi: CIMB10) 

Dengan setiap pembelian Vespa melalui Dreamshop, pelanggan akan menerima HADIAH 2   PERCUMA bernilai RM 300 –berupa kemeja T Vespa, Helmet Vespa dan Rantai Kunci Vespa.  

Ikon gaya Itali yang hadir dengan lapan model yang kini tersedia untuk pembelian di Dreamshop ialah: 

1)Vespa Primavera 150 ABS Black Vulcano @ harga serendah RM475 sebulan 

2)Vespa Primavera 150 ABS Grey Materia @ harga serendah RM495 sebulan

3)Vespa Primavera S150 ABS @ harga serendah RM525 sebulan  

4)Vespa Sprint 150 ABS@ harga serendah RM506 sebulan 

5)Vespa Sprint S 150 ABS @ harga serendah RM506 sebulan  

6)Vespa Sprint S150 TFT ABS @ harga serendah RM595 sebulan

7)Vespa GTS Super Sport 300 HPE ABS @ harga serendah RM 864 sebulan 

8)Vespa GTS 75TH 300 HPE ABS @ harga serendah RM 1,164 sebulan 

*Harga yang dinyatakan di atas adalah untuk Semenanjung Malaysia dan harga jualan tanpa insurans. 

Kini menguasai peratusan yang selesa di dalam pasaran skuter premium di Malaysia, Vespa telah wujud selama 75 tahun. Pelanggan dilihat menyukai rekaan Vespa yang sporty dan bergaya kerana bukan saja ikonik, tetapi menyeronokkan dan selamat. Ia adalah barangan pengumpul, sesuai buat mereka yang mengamalkan gaya hidup bebas dengan tujuan untuk menonjol di mata orang ramai. Selepas kelulusan pembelian, Vespa akan menghubungi pelanggan dalam masa 48 jam untuk membuat pengaturan yang diperlukan. Penghantaran dan pengambilan Vespa akan dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penyerahan semua dokumen yang berkaitan.  

Berkongsi minat yang sama bagi menyokong perniagaan tempatan, Vespa dan Dreamshop juga akan menganjurkan bazar oleh The Artisans Haven, platform e-dagang yang menyokong dan mempromosikan para artisan tempatan yang akan menganjurkan jualan mega pada 30 & 31 Oktober di The LINC KL. The Artisans Haven ialah syarikat bersekutu Dreamshop yang memfokuskan dalam mempromosi dan menyokong artis tempatan dan PKS.  

Sebagai sebahagian daripada kerjasama Dreamshop dan Vespa, kedua-dua Syarikat ini akan menganjurkan ‘Vespa Dream Tour’, siri jelajah seluruh negara bagi berkongsi berita mengujakan ini kepada semua rakyat Malaysia. Lawati https://www.facebook.com/VespaMalaysiaOfficial atau www.facebook.com/dreamshop.com.my/ untuk maklumat lanjut mengenai ‘Vespa Dream Tour’ yang akan datang! 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *